Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 October 2012

MCA SERANG ISLAM SUPAYA ORANG CINA TIDAK UNDI DAP - MAHATHIR


Mahathir mempertahankan pendirian MCA dan juga Chua Soi Lek dalam serangan parti perkauman itu terhadap hukum-hukum Allah...(hukum hudud adalah hukum Allah...)..

Mahathir mempertahankan dengan mengatakan bahawa serangan MCA itu hanyalah untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud
dengan harapan pengundi bukan Islam tidak akan mengundi DAP...

Adakah Mahathir ni bodoh atau memang dia sudah nyanyuk.?
apakah penghinaan hukum-hukum Allah ini boleh dilakukan dan dihalakan semata-mata untuk memastikan BN menang..?
 


Patutlah UMNO selama berlakunya serangan Chua Soi Lek terhadap Islam ini ,UMNO diam seribu bahasa..
rupa-rupanya kepentingan politik ada di sebalik serangan terhadap hukum Allah ini..

Dan yang paling mengecewakan sekali adalah kenyataan Mahathir bahawa hudud ini bukan isu agama..
hudud ini isu poitik katanya..
politik atuk luu!!!!
hukum hudud ni ada dalam Al Quran..

Mahathir juga percaya MCA sebenarnya tidak menentang Islam..
beliau memberikan contoh bahawa MCA tidak membantah apabila kerajaan mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam..

Memang le MCA tak membantah.
kalau dah pemimpin-pemimpin di dalam UMNO secara selamba jer rampas hak rakyat.. rasuah..seleweng amanah.. kaki maksiat..
lepas tu korang nak isytiharkan negara ni negara Islam,memanglah sikit habuk pun dia tak heran..

Kalau UMNO nak umumkan yang UMNO tu pejuang Islam pun Chua Soi Lek takkan bantah..
sebab dia pun tahu korang tu macam mana... 

Apa pun kenyataan Mahathir ni dapat memberikan dua pencerahan..

Pertamanya..
Mahathir ni memang orang yang tidak kisahkan agama,samada agama itu dijulang atau dihina apatah lagi Mahathir sendiri pernah menghina Nabi Muhammad SAW dan menghina hukum hudud dengan mengatakan hukum hudud itu ciptaan ahli feqah..


Keduanya..
Mahathir secara jelas mendedahkan tektik MCA yang menghina sekeras-kerasnya hukum Allah semata-mata bagi meraih keuntungan politik dengan mengharapkan orang bukan Islam akan kembali menyokong MCA dan meninggalkan DAP..

Apa yang Mahathir tak tahu adalah,orang bukan Islam kini sudah bermaklumat..
mereka tidak takutkan hudud kerana hukum ini hanya dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja...
tengok sendiri pengakuan Fathul Bari Mat Jahaya ni... [HUDUD KE ATAS ISLAM SAHAJA]







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive