Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 October 2012

MCA KRITIK KERAJAAN KEDAH YANG MENETAPKAN MODEL IKLAN MUSLIMAH MESTI BERTUDUNG DAN YANG BUKAN ISLAM MESTI BERGAMBAR YANG SOPAN


Apa perasaan cai UMNO,Ibrahim Ali dan Hassan Jati bila membaca kenyataan Beliawanis MCA yang mengkritik syarat baru Kerajaan Negeri Kedah yang menetapkan model iklan di papan iklan besar mestilah bersopan...

Model iklan yang muslim mestilah bertudung..
macam gambar contoh kat atas tu...
dan model iklan yang bukan Islam haruslah dalam keadaan sopan gambarnya...

Maknanya "lurah-lurah kat dada" tak boleh!!!..

pakai gaun belah sampai ke pangkal peha tak boleh!!!,walaupun ahli-ahli UMNO agak sukakannya tapi ianya kini dilarang di Kedah melalui peraturan baru yang dikuatkuasakan..

Nak tahu lah..
UMNO dan cai-cainya yang dapat elaun buat fitnah kat FB sebanyak RM2K hingga RM2.5K sebulan tu setuju ke tak dengan MCA dalam isu ni..?

Pengiklan bukan budak-budak, kata MCA

Beliawanis MCA mengkritik langkah Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) mengetatkan garis panduan pakaian model untuk papan iklan besar di kawasan perbandarannya kerana "pengiklan bukan budak-budak".

Ketuanya Tee Hooi Ling berkata, oleh kerana sudah terdapat undang-undang persekutuan yang menghalang penerbitan bahan tidak senonoh terhadap bahan bercetak dan papan tanda, langkah pihak berkuasa tempatan itu hanya "penghinaan" terhadap pengiklan bukan Islam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tee juga berkata, golongan itu sebenarnya peka terhadap adat istiadat setempat dan kesopanan dalam masyarakat.

"Tiada pengiklan yang kehormat mahu menarik perhatian ramai masyarakat dengan sengaja mempamerkan model separuh bogel sama ada lelaki atau perempuan semata-mata untuk menjual barangan mereka," katanya.

The Star
hari ini melaporkan majlis bandar raya itu menguatkuasakan undang-undang yang mensyaratkan model perempuan supaya bertudung sementara bukan Islam mestilah berpakaian sopan.

Malaysiakini.

2 comments:

  1. MCA dan Chua soi lek jangan memaksa orang lain ikut cara dia.Orang Islam tak pernah bisingpun bila orang MCA bela babi, walaupun babi tu memang haram dalam islam.
    Jadi kenapa MCA dan CSL sibuk pasal gaya hidup orang Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak2 tu memang tak suka kepada islam,padahal syarat kerajaan kedah tu sangat baik bukan sahaja kepada umat Islam,tetapi juga kepada seluruh rakyat malaysia... takkan seorang bapa mahu anak mereka berpakaian tidak senonoh untuk tontonan umum kan..?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive