Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 October 2012

KRISIS AIR - BN KATA SELANGOR TIADA AIR,TAPI KENAPA PETAK SAWAH DI PERAK YANG KERING KONTANG TIADA BEKALAN AIR?


Kalau kita baca Utusan,Berita Harian dan menonton pulak Buletin Utama dan RTM..
rasa-rasanya macam kat Selangor ni dah habis rosak semua tanaman kerana tak ada air..
habis mati semua ternakan kerana tiada bekalan air...
begitulah hebatnya media UMNO memberikan gambaran yang dahsyat tentang air Selangor..

Tapi apa yang peliknya..
dengan gembar-gembur dan segala propaganda yang dimainkan..
tanah sawah padi di Perak pulak yang jadi kering kontang kerana ketiadaan air..

Hampir 60 hektar petak sawah padi di Kampung Parit Lebai Kadir, Kerian Perak mengalami tanah kering kontang sejak dua minggu lalu.



Masalah tak ada air di Kerian Perak ni bukan baru,tetapi sudah empat musim dah..
sehinggakan pengusaha padi di Kerian Perak ini bercadang untuk menukarkan tanaman padi kepada kelapa sawit sekiranya JPS masih tidak mahu menyelesaikan masalah mereka..

Ketua Projek Ladang Berkelompok Padi Parit Lebai Kadir, Abdul Razak Lebai Hamid, 61, berkata, semua lokasi itu terjejas teruk disebabkan air yang sepatutnya disalurkan melalui tali air atau palong yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran( JPS) kini tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi..


Menurutnya, masalah itu mendapat perhatian Jabatan Pertanian dengan membekalkan dua pam air untuk kegunaan pesawah, namun bilangan itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan petani terlibat.

“Kesannya anak padi yang berumur satu bulan hampir mati kerana tidak mendapat bekalan air mencukupi.


“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada JPS sejak empat musim tanam padi lalu, namun sehingga kini tiada tindakan penyelesaian diambil.


"Saya berharap JPS dan Jabatan Pertanian segera membuat lawatan untuk melihat sendiri keadaan sawah di kawasan ini,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.


Abdul Razak berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah pengairan sawah padi menyebabkan lebih 40 petani di kampung itu berhadapan risiko kerugian hasil padi.


Menurutnya, agensi kerajaan terlibat sewajarnya memberikan sokongan padu terhadap usaha pesawah padi mencapai pengeluaran hasil sebanyak sepuluh tan semusim sebagai mana disarankan Kerajaan Pusat.


“Bagaimana petani hendak mencapai sasaran ditetapkan Kementerian Pertanian sekiranya kami tidak mendapat sokongan penuh daripada agensi kerajaan terlibat secara langsung?


“Kini, kami terpaksa mengalirkan air ke petak sawah dengan menggunakan pam air dan air hujan. Bagaimana pula dengan nasib petani yang tidak mempunyai pam air? Sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh dua minggu, anak padi mereka akan rosak sepenuhnya,” katanya.


Katanya, pihak berwajib sewajarnya telah dapat mengenal pasti punca dan cara penyelesaiannya.


"
Sepatutnya mereka (pihak berwajib) sentiasa memantau keadaan bukannya menunggu laporan," katanya.

Selain itu, Abdul Razak menegaskan petani mungkin akan berhadapan dengan masalah makhluk perosak jika tiada usaha untuk membersihkan semak samun di kiri kanan longkang dan jalan paya.


Menurutnya, kesemua
pengusaha sawah padi di kampung itu nekad akan menukarkan tanaman padi kepada tanaman kelapa sawit sekiranya JPS masih tidak menyelesaikan masalah pengairan sejak empat musim lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat ketika dihubungi menegaskan masalah dihadapi lebih 40 petani perlu diberi perhatian segera memandangkan kawasan penanaman padi di Kampung Parit Lebai Kadir, di sini mencatatkan pengeluaran hasil padi tertinggi di daerah Kerian sejak beberapa musim lalu.


“Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan JPS daerah Kerian dalam masa terdekat dan meminta ia diselesaikan secepat mungkin memandangkan petani tidak mempunyai banyak masa untuk ‘menyelamatkan’ anak padi mereka daripada mati akibat kekurangan air,” katanya.


Masalah air yang serius!!
Tapi tak masuk TV3 dan Utusan pun kan..?

7 comments:

  1. ini masalah bekalan air tanaman le bongok..
    kat selangor masalah air kepada penduduk...
    ngok tul le

    ReplyDelete
  2. Hahagaha.....siap ad bendera....pertanian pun melibatkn penduduk jugak bangang...ko nak makan nasi mcm mane nanti...ap laaa ko bengap sangat...org umngok memng mcm nie ke...point nk bgtau ttg isu air so xkira laaa melibatkn penduduk ke pertanian ke...point dia air xde...ko paham x bangang....sedih ak penyokong umngok nie...sempit sgt pmikiran...

    ReplyDelete
  3. oiii bangang!! tuk pertanian je bukan melibatkan org tak dapat mandi mcm kat selangor tu..
    kat selngor org tak mandi berhari2..
    ni setakat beras bukan tak dapat makan pun org perak,berlambak2 beras kat kedai..

    ReplyDelete
  4. Cai-cai umno, mcm tu la tahap pemikiran dorng. Layan kn je lah, huhu... Ye lah, air utk pertanian x penting kn kah kah kah....

    ReplyDelete
  5. memey bangang bendera. makan semut banyak. kerja nak burukkan orang jek..

    ReplyDelete
  6. Siyes umngok ni dala bodoh bebal bangang!klu ayat kebodohan plg plg bodoh skali ley bg kt cai2 umngok ni..once macai owez macai!

    ReplyDelete
  7. Itu tanaman..kaitan dengan jabatan saliran..ni nk basuh berak pn xda air...aku tinggal kat banting..gi ampang pn xda air...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive