Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 4 October 2012

KOS UNTUK BUKA SEBUAH KEDAI 1MALAYSIA RM6.7 JUTA??


Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa kos sebanyak RM6.7 juta diperlukan untuk membuka sebuah kedai runcit 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak sedangkan di Semenanjung ianya hanya memerlukan kos RM470, 000 bagi setiap kedai...
 

Menurut beliau,pada tahun lepas Najib memperuntukkan RM40 juta bagi membuka 85 buah kedai 1malaysia di seluruh semenanjung atau pun bersamaan dengan RM470, 000 bagi setiap kedai..

Tetapi,di dalam bajet 2013,Najib telah memperuntukkan sebanyak RM386 juta bagi membuka hanya 57 kedai 1Malaysia atau pun bersamaan dengan kos RM6.7 juta bagi setiap satu kedai di Sabah dan Sarawak...
 

Menurut Lim Guan Eng, "Ia adalah 15 kali mahal,"

FMT
 
Beliau mempersoalkan kos yang sebegitu mahal untuk membuka sebuah kedai yang hanya menjual barangan asas seperti beras, gula, dan garam.

"Atau adakah KR1Ms juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan barang kemas berlian," soal Lim Guan Eng...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive