Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 4 October 2012

KONSERT BERSIH 2.0 - ITO AJAK LEBIH RAMAI ARTIS SOKONG DAN SERTAI KONSERT BERSIH 2.0


Vokalis kumpulan Blues Gang,Ito menyeru artis-artis di Malaysia ini supaya tampil menyokong dan menyertai program tuntutan pro-reformasi sistem pilihanraya di negara kita ini seperti konsert BERSIH yang dijadualkan berlangsung dalam bulan ini....

"Pada tahun-tahun sebelum ini, saya sudah bermain dalam majlis kerajaan, kenapa tidak sekarang (untuk NGO)?

"Saya orang Malaysia. Peminat saya semua rakyat Malaysia, bukan sahaja parti politik.


"Sebab itu, kenapa ramai artis tidak ke hadapan? Sepatutnya benda-benda macam ni (konsert), lebih ramai artis ke hadapan... Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini," kata vokalis kumpulan Blues Gang itu.

Dalam sidang media berhubung penganjuran konsert BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Ito mengaku percaya seratus peratus terhadap tuntutan gabungan NGO itu.


Ramai artis yang semakin sedar akan hak demokrasi mereka dalam memilih perubahan sistem negara..

Tetapi tak kurang juga yang takut untuk kehadapan dan bersuara..
masing-masing nak jaga periuk nasi mereka sendiri...

Cuba bayangkan semua artis-artis bersatu dan bersatu menyokong perubahan di dalam sistem kepada yang lebih adil,adakah kerajaan akan "gam" semua artis..?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive