Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 31 October 2012

KAMERA AES DI JALAN KAMPUNG YANG HAD LAJUNYA DI BAWAH 60KM/J


AES dipasang di kawasan Jalan Kampung nak buat apa..?
takkan nak perangkap orang kampung yang kebanyakannya adalah petani dan nelayan..?

Kalau nak cari untung dengan perangkap rakyat jelata pun janganlah sampai ke pelusuk kampung..
agak-agak ler sikit..

Kalau jalan kampung yang had lajunya sekitar 30km/j hingga 60km/j itu pun dipasang kamera AES,memang niat sengaja nak "kenakan" orang kampung ler namanya..
Tindakan kurang bijak oleh pihak yang cuba mendapatkan hasil dari rakyat dengan perniagaan saman ini mengundang kemarahan penduduk Kampung Tanjung Piandang yang mengadakan demo aman bantahan pemasangan kamera AES di jalan Kampung mereka semalam..

Tanjung Piandang ini berada dalam daerah Kerian,Perak..


Penduduk menganggap pemasangan kamera AES itu sebagai perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak sibuk.

Kamera AES dijalan tersebut dilihat benar-benar menganiayai penduduk kampung apabila ianya dipasang di laluan  had laju yang rendah...


Betul juga..
kalau dipasang dilaluan had laju dibawah 60 km/jam memang ramai ler yang akan kena saman..
“Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat had laju di bawah 90 km/j untuk jalan-jalan Persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari yang turut bersama penduduk kampung di dalam demo bantahan pemasangan AES semalam, “Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah,” 


Memang tak munasabah ler..
itu memang nak jerat rakyat namanya..
bukan nak mendidik rakyat bagi mengelak kemalangan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive