Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 10 October 2012

ISU TALAM - KHALID IBRAHIM CHECKMATE BN!!


Nampaknya satu lagi isu bodoh yang dibangkitkan BN untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Menteri Besar Selangor dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berakhir...

Dalam isu Talam ini,Khalid Ibrahim memang nampak tenang dan steady..
seolah-olah desakan pemimpin BN berkenaan dengan isu Talam ini remeh sahaja buat Khalid Ibrahim..


Tak salah.. 
buat apa nak layan takut dengan desakan BN tu ye tak..

Dan kini..
tiba masa Khalid menggerakkan langkah beliau..
beliau akan "checkmate" kan BN dalam isu Talam...

Kertas putih Talam akan dihebahkan pada awam



Kertas putih mengenai kutipan hutang Talam akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ia telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri bersama laporan audit KPMG dan dokumen lain berkaitan pembayaran hutang Talam kepada negeri.

pkr johor skudai dinner 150912 khalid ibrahim"Orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen ini perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah untuk menerangkan perkara itu ke seluruh negeri bermula Sabtu ini, di Kajang.

Ia akan diadakan serentak pada setiap malam Sabtu yang mana empat jurucakap rasmi yang dilantik kerajaan negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata beliau masih menunggu perkenan Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive