Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 October 2012

HUJAN TIDAK AKAN TURUN LAGI DI SELANGOR DAN AKAN KEMARAU JIKA TIDAK MELULUSKAN PROJEK LANGAT 2


Negeri Selangor akan kehilangan sungai,tiada hujan yang akan turun lagi di negeri ini dan akan mengalami kemarau selama-lamanya bermula dari tahun 2016...
tiada lagi sumber air yang boleh didapati di negeri Selangor bermula dari tahun tersebut...

Mungkinkah hujan langsung tidak akan turun di negeri Selangor..?

Untuk menjawab soalan yang bodoh tu kita perlulah membaca dahulu hujah-hujah
bodoh yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Teo Yen Hua..

Beliau mengatakan sumber air mentah yang ada kini hanya dapat bertahan sehingga tahun 2016 sahaja..
selepas tu tiada lagi sumber air..


Bencana kehabisan sumber air mentah di Selangor ini..
kemarau panjang yang bakal berlaku dan tiadanya turun hujan di negeri ini hanya dapat "dibatalkan" jika projek Langat 2 kroni BN dilaksanakan...
Kalau Selangor luluskan sahaja Langat 2 tu maka hujan akan turun mencurah-curah...

Negeri lain memang tiada masalah kemarau dan hujan akan terus turun di masa hadapan sejak dari zaman dinasor lagi sebab kat negeri lain tiadanya Langat 2...

Memang kerajaan selalu menggunakan alasan bodoh seperti ini untuk menghalalkan sesuatu projek dan kenaikan..
untuk menghalalkan kenaikan harga petrol dahulu alasan sumber minyak digunakan..

lihat sini...


Memang sah dan confirm negara kita ditadbir oleh barisan kepimpinan yang bebal dan hanya tahu perjuangkan nasib kroni-kroni mereka sahaja...

5 comments:

  1. Gua rasa lu yg bodoh sebab x faham fakta & tak faham membezakan antara air mentah dan air yg telah di proses atau di rawat. Langat 2 adalah utk merawat air mentah supaya boleh di bekalkan utk pengguna. Berdasarkan sumber air mentah yg kini, bekalan air yg boleh di rawat & di proses hanya mampu utk menampung & bertahan sehingga 2016. Selepas tu walau banyak mana pun sumber air mentah yg di terima, tak akan mampu di proses atau di rawat untuk bekalan kepada pengguna kerana masaalah kapasiti. Sebab tu la Langat 2 kena di teruskan .. Gua rasa lu yg bodoh sebab x faham fakta. Guna kan lu punya masa utk berfikir, jangan asyik dok buat dosa mengutuk orang je .. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro.. lu yg tak faham bro... pertamanya isu air kat selangor ni tak ada langsung..
      yg wujud hanyalah syabas yg diterajui oleh bekas bendahari umno selangor cuba mewujudkan suasana huru hara bagi menghalalkan langat 2...
      dan jika alasan kapasiti yg digunakan,maka yg sebenarnya diperlukan adalah melakukan penambahbaikan kepada loji sedia ada yang memakan belanja tak sampai RM300 juta pun.. dan alasan bekalan air mentah memang alasan yg bodoh... dan kita jangan dibodohkan oleh UMNO...
      dan ambik masa lu fikir dan kaji masalah ni yer bro.. hehehe...

      Delete
  2. sapa bodoh bro?? :) bukan ke projek langat 2 tu menyalurkan air mentah dari pahang ke selangor? then baru di proses sebagai air terawat? tiada masalah air mentah di selangor ni bro. skrg hari2 duk hujan. empangan sume dah melimpah ruah dah. masalah sekarang loji yg ade tak cukup utk proses air terawat! so tambah lah loji air terawat. yg pi tarik air lagi dari pahang apo pasal. jgn tunjuk bebal macam lombu ya bro Rock...kui.kui.kui.

    ReplyDelete
  3. Anon 20:02,

    Memangla Projek Langat tu termasuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.. tapi projek tu termasuk jgk membina loji rawatan air mcm lu cakap tu utk menampung bekalan air bersih yg di jangka kritikal pada 2016 di mana loji-loji skrg dah x mampu nak bekal. Sebab apa kena salurkan air tu dari Pahang ..? Nampak sangat lu ni x suka membaca .. Gua cadang lu rajin la sikit buat research & analysis yg di buat oleh para pakar air yg dah buat kajian dari segi cost, geographical & natural factors .. dah banyak di bincangkan dlm Internet. Rajin-rajin la baca fakta daripada dok ngutuk org je ( typical PR mentality ). Gua cadang lu jgn tutup lu punya minda & suka serkap jarang & tuduh yg bukan-bukan. Air terawat dari Langat juga bukan hanya mampu utk bekalan ke Selangor, malah mampu di salurkan ke Melaka, Negeri Sembilan & Johor berdasarkan kapasiti yg mampu di proses. Sapa yg akan untung nanti ? Kerajaan Selangor jgk.. Jangan jadi bebal & bodoh sombong bro ..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro lu tolong tengok sikit kenyataan dato' cina tu... dia kata yang akan habis adalah sumber bekalan air mentah... kan ke gua dah highlightkan tu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive