Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 21 October 2012

DI KALA PEMIMPIN NEGARA BERBELANJA MEWAH,MASIH ADA SI IBU YANG TERPAKSA MENCATU MAKANAN ANAKNYA.


Kita tidak sangka di dalam Malaysia ini masih ada ibu yang terpaksa mencatu makanan anak-anaknya..
lantaran kesusahan setelah kematian suami,pendapatan si ibu yang juga seorang yang kurang upaya,(OKU) tidak cukup untuk menyara anaknya..
sehingga permintaan anak-anak untuk merasa makanan ayam goreng terpaksa ditolak dengan alasan yang diberikan kepada anak-anak, "kita tidak ada duit"....

Makanan paling mewah bagi mereka kini hanyalah mee segera dan bubur nasi....


Apabila anak-anaknya bertanyakan kenapa mereka tidak seperti kanak-kanak yang lain dapat pergi ke sekolah si ibu hanya mampu menjawab “Kita orang susah,".


Tidak sangka...
apabila kita terbaca berita ada pemimpin berbelanja besar untuk majlis perkahwinan anaknya sehingga mencecah ratusan ribu..
apabila kita terbaca ada pemimpin yang berbelanja ratusan ribu hanya untuk nombor pendaftaran kereta..
apabila kita terbaca ada pemimpin yang berbelanja ratusan ribu ringgit hanya untuk majlis perkahwinan anaknya...
apabila kita terbaca isteri seorang pemimpin ada koleksi berdozen beg tangan yang setiap satunya berharga ratusan ribu..
kita tidak sangka bahawa masih ada rakyat negara ini yang terpaksa mencatu makanan anak-anaknya...

Kita juga tidak sangka masih ada ibu yang tidak mampu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah lantaran kemiskinannya...

Pemimpin kita memiliki kemewahan melimpah ruah,wang berjuta-juta tetapi masih ada rakyat jelata yang hanya mampu mengimpikan umtukm makan ayam goreng!!

3 comments:

  1. kat negeri mana tu...N9 kerajaan BN ke PR yg perintah ???

    ReplyDelete
  2. JKKK buat apa? makan elaun buta ke? dalam menyelesaikan masalah rakyat jgn pilih bulu...semua rakyat yg bermasalah layak utk menerima bantuan...bila gereja bg bantuan ada pula yg melatah....sendiri blh nilai...ok

    ReplyDelete
  3. pemimpin UBN dr semua peringkat dari dulu kini dan selamanya akan pilih rakyat yg bermasalah dlm memberi bantuan...sokong UBN ka PR...kalau x sealiran dgn mereka...jgn harap la...tumbang UBN insyaallah rakyat2 bermasalah (miskin dsbnya) yg terpinggir akan di bantu...bg peluang pd PR...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive