Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 October 2012

DAP TEPUK MEJA PERTAHANKAN NIK AZIZ YANG DIFITNAH MCA


Ahli Parlimen Rasah,Negeri Sembilan, Anthony Loke (DAP-Rasah) menepuk meja mempertahankan Nik Aziz yang difitnah oleh pemimpin MCA baru-baru ini...

Nik Aziz baru-baru ini telah difitnah oleh Pengerusi Wanita MCA,Heng Seah Kie konon-kononnya Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya mereka tidak menutup aurat...

Fitnah Pengerusi Wanita MCA itu pula turut disambung dan disokong oleh Presiden MCA yang kebelakangan ini kerap kali menghina Islam dan hukum-hukum Allah...


Malaysiakini

Kita tidak menyangka..
pembelaan fitnah terhadap Nik Aziz ini datangnya dari pemimpin yang dahulunya mereka turut difitnah sebagai pihak yang anti Islam dan anti Melayu oleh UMNO..
siap tepuk meja lagi tu.... syabas kepada Anthony Loke

Fitnah terhadap Nik Aziz itu sebenarnya tidak benar...
masyarakat bukan Melayu perlulah melihat ceramah Nik Aziz itu dari sudut pandang bahasa dan cara melayu berkomunikasi..
dan Nik Aziz tidak pun menyentuh soal Islam atau bukan Islam...

Konsepnya begini..
dalam budaya melayu ni sifat sindir menyindir untuk mengajar memang jadi kebiasaan...

Kawan-kawan aku yang bukan melayu mungkin pernah mendengar sindiran seorang ibu yang menyuruh anaknya memanjat pokok lagi,padahalnya anaknya baru sahaja jatuh pokok... 

Kalau korang ada kawan-kawan melayu,mesti pernah dengar dialog yang macam ni... 

Contohnya macam ni..
Ibu : Atan,jangan panjat pokok tu..
Atan : tak apa mak,Atan pandai dah panjat pokok dah ni..
Ibu : jatuh nanti Atan ooiiii...!!!!
Atan : Atan tau lah mak...
(tiba-tiba Atan terjatuh dari pokok,dan menjerit kesakitan,tapi nasib baik tak tinggi).
Atan : Adooiii mak... Atan jatuh pokok..
Ibu : Haaa! panjatlah lagi.. panjatlah lagi... sedaaappp?
Atan : apalah mak ni,Atan jatuh pokok ni kan..
Ibu : tu ler,kan mak dah larang tadi... ha sekarang panjatlah lagi... panjaaatttt..

Hehehe...
lebih kurang macam tu ler kaedah sindiran dalam budaya melayu ni...

Adakah si ibu tadi mahu anaknya panjat lagi..?
adakah itu bererti si ibu tadi suka anaknya jatuh..?
sudah tentulah tidak..
itu hanyalah sindiran bagi memberi pengejaran kepada anaknya di masa hadapan supaya tidak mengulangi sesuatu yang boleh mendatangkan kemalangan..

Samalah macam Nik Aziz tu kata..

Kan ke Nik Aziz dah bagi contoh dalam ucapan tu..

"terjun dalam air,lepas tu mengadu basah.. memang basah ler,saper suruh terjun dalam air...?"  (lebih kurang gitulah ayatnya)

Namun apa-apa pun..
perkembangan kebelakangan ini membuka mata kita siapa sebenarnya yang anti Islam dan Melayu...

Dahulu kita tidak tahu kerana dahulu kita tidak dapat acces maklumat dengan tepat kerana ketiadaan internet..

Kini rakyat semakin bermaklumat..
dan bila rakyat semakin bijak..
disitulah bermulanya pengakhiran rejim BN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive