Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 30 October 2012

DALAM ISU NFC KERAJAAN TIDAK MELINDUNGI SI PENDEDAH MAKLUMAT - NAZRI AZIZ


Kerajaan tidak melindungi "peniup trompet"..
itulah yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu pendedahan maklumat skandal NFC yang melibatkan suami Ketua Wanita UMNO,Sharizat Jalil..

Nazri berkata "Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC)..



Alasan Nazri adalah, 
"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," kata Nazri

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?





"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."
 
Itulah alasan Nazri Aziz yang mahu menghalalkan pendakwaan ke atas pendedah maklumat dalam isu NFC...

Kita kena faham sesuatu yang penting di sini...
Dalam konteks negara kita ini..
untuk mendedahkan sesuatu kezaliman tersembunyi..
untuk melakukan perubahan..
untuk mendesak kerajaan mengubah sistem dan perancangan jahat yang ada..
kita perlu menghebahkan supaya ianya dijadikan isu besar barulah ianya akan diambil perhatian oleh pihak kerajaan..

Pihak kerajaan hanya akan mengambil sesuatu tindakan ke atas isu yang dibangkitkan setelah ianya menjadi isu dikalangan rakyat..
konon-kononnya untuk menunjukkan kerajaan itu telus.

Contoh isu skandal yang melibatkan NFC ini sendiri..
diperingkat awal pendedahan dahulu,kerajaan melalui Menteri Pertaniannya cuba menafikan projek Fidlot itu sebagai gagal..


Najib juga cuba menafikan penyalahgunaan pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta kepada syarikat suami Sharizat..


Jika tiada pendedahan maklumat secara berterusan..
tajuk berita di atas akan menjadi penutup di atas segala kepincangan NFC..
dan keluarga Sharizat akan bebas menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan dengan sewenangnya..

Sedangkan kini rakyat tahu bahawa suami Sharizat dibicarakan kerana ada kes beliau menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan untuk memiliki harta peribadi berjumlah puluhan juta..

Adakah kita fikir jika Rafizi tidak mendedahkan segala butiran akaun dengan tepat,kerajaan akan memandang isu ini untuk diketengahkan apatah lagi ianya melibatkan suami Ketua Wanita UMNO sendiri..?

Hanya di Malaysia sahaja pendedah maklumat kena dakwa di mahkamah..
kalau di negara maju,yang akan disiasat bukan si pendedah maklumat berkenaan,tetapi segala maklumat yang didedahkan itu yang akan disiasat habis-habisan..

Inilah sistem yang kita ada..
dan kita hidup di dalamnya...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive