Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 4 October 2012

BARU DIBINA,BELUM DIBUKA DAN BELUM DIGUNAKAN LAGI,TAPI SUDAH PUN RETAK,BERSAMA BN NYAWA KITA BAHAYA!!!



Banyak projek yang dilakukan oleh kerajaan BN mengalami kerosakan..
ini mungkin disebabkan pembinaan yang tidak bermutu oleh syarikat kroni yang mahu mengaut keuntungan yang lebih sehingga sanggup mengabaikan tahap kualiti yang membahayakan nyawa pengguna...

Selepas masalah kegagalan struktur MRR2, Stadium Sultan Mizan yang runtuh, bumbung bangunan Perbadanan Putrajaya yang bernilai ratusan juta bocor...
kini pembinaan yang tidak berkualiti dan selamat kepada pengguna tetap diteruskan lagi..
kali ini di Parit Buntar Perak...

Sebuah projek pembinaan jalanraya bertingkat di pekan Baru,parit
Buntar,Perak yang baru saja dibina dan belum pun sempat dibuka kepada orang awam sudah pun mengalami keretakan pada strukturnya...


Persimpangan bertingkat ini sepatutnya telah dibuka kepada orang ramai sejak sebulan yang lalu...
dan cuba bayangkan sekiranya keretakan ini berlaku selepas ianya dibuka kepada orang ramai..?

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, “Penjelasan status pembinaan projek ini penting bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai memandangkan laluan jalan raya bertingkat bakal menjadi laluan utama penduduk Parit Buntar dan kawasan sekitarnya.

“Kita tidak mahu berlaku masalah kegagalan struktur pembinaan infrastruktur sebagaimana yang terjadi pada Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur sebelum ini .


“Saya berharap pihak terlibat meneliti semula masalah yang timbul dalam projek berkenaan dan hanya membukanya untuk kegunaan orang awam apabila ia benar-benar menjamin keselamatan pengguna,” katanya lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive