Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 October 2012

APABILA NASHARUDIN NASIHAT PAS UTAMAKAN ISLAM DARI KUASA.


Cakap-cakap Nasharuddin Mat Isa ni sebenarnya tak patut kita layan pun..
ini merupakan cakap-cakap seorang yang cuba mengelirukan masyarakat terhadap PAS dan perjuangan PAS..


Yang aku lihat,PAS tidak pernah pun tersasar dari perjuangan mereka..
PAS tidak pernah meletakkan Islam ditempat kedua..

Malah PAS sebenarnya kini bertambah kuat walaupun tanpa menggadaikan matlamat asal mereka..

Apa yang Nasharudin Mat Isa perlu renungkan adalah bagaimana hukum Islam hendak ditegakkan sekiranya tidak melalui kuasa politik..?



Sudah berapa puluh tahun PAS berjuang sendiri dengan tidak mempunyai kuasa politik di peringkat pusat...?
apakah Nasharudin mahu melihat PAS berjuang sendirian selama 50 tahun lagi..?
dan kekal jadi sebuah parti pembangkang seperti berpuluh tahun yang lalu..?

Mungkin juga Nasharudin perlu imbas kembali bagaimana perjanjian Hudaibiya..

Bila mana Rasulullah banyak mengalah di dalam perjanjian tersebut..
sehinggakan rombongan Nabi Muhammad yang mahu menunaikan haji pada tahun tersebut terpaksa pulang semula ke Madinah..

Rupa-rupanya ada hikmah besar disebalik perjanjian tersebut yang hanya dapat dilihat oleh sejarah pada tahun berikutnya..
 
Satu kisah yang perlu kita ambil panduan bagaimana sifat mengalah Nabi Muhammad SAW ketika perjanjian Hudaibiya dilakukan..

Ketika di saat Nabi Muhammad menyuruh Ali bin Abi Talib menulis,Nabi berkata kepada Ali...

"Tulis : Bismillahir-rahmanir-rahim" (Dengan nama Allah,yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)
"Berhenti!! " kata Suhail. 
"Nama Rahman dan Rahim ini tidak saya kenal, tetapi tulislah  Bismikallahuma (Atas nama mu Ya Allah)"

Rasulullah berkata pula : "Tulislah , Atas namaMu Ya Allah".
lalu sambungnya lagi, "Tulislah, inilah yang sudah dipersetujui oleh Muhammad Rasulullah dan Suhail bin. 'Amr".

"Berhenti!!" kata Suhail lagi.. "Kalau saya sudah mengakui engkau Rasulullah,tentu saya tidak memerangimu.
tetapi tulislah namamu dan nama bapamu".

Lalu Rasulullah berkata pula : "Tulis,inilah yang sudah dipersetujui oleh Muhammad Bin Abdullah".

Segala syarat di dalam perjanjian Hudaibiya ini membuatkan beberapa sahabat berasa resah termasuklah Umar Al-Khatab..
sehinggakan Umar Al-Khatab berjumpa dengan Abu Bakar dan menanyakan kepada Abu Bakar :-

Umar : Abu Bakar,bukankah dia Rasulullah..?
Abu Bakar : Ya, memang.
Umar : Bukankah kita ini Muslimin..?
Abu Bakar : Ya, memang.
Umar : kenapa kita mahu direndahkan dalam soal agama kita..?
Abu Bakar : Umar,duduklah di tempat mu,aku bersaksi bahawa dia Rasulullah..

Pada saat Nabi Muhammad dilihat seakan mengalah..
pada saat agama dilihat seakan direndah-rendahkan..
namun Allah memberikan kemenangan pada umat Islam pada tahun berikut dan seterusnya...

MENGALAH TIDAK BERMAKNA KALAH!!
 
Banyak sekali kebaikan-kebaikan perjanjian Hudaibiya yang boleh dinyatakan disini..
tapi apa yang penting adalah kemenangan umat Islam di dalam satu perjanjian yang pada ketika ianya ditulis perjanjian itu dilihat merendah-rendahkan Islam...

Rasanya..
Nasharudin Mat Isa lebih arif dalam soal ini..

Tetapi mengapa pula beliau kini mempertikaikan perjuangan PAS untuk berkuasa..?
kalau tidak mempunyai kuasa politik,apakah Syariah Islam yang mahu ditegakkan oleh PAS akan menjadi kenyataan..?

Nasharudin Mat Isa mahu PAS berjuang secara solo tanpa PKR dan DAP yang mana dengan demikian,PAS tidak akan dapat menubuhkan kerajaan,begitu jugalah dengan PKR dan DAP..

Semuanya akan kekal menjadi Pembangkang buat selama-lamanya sekiranya ada antara parti komponen PR yang mahu bergerak solo... 
ini sudah dibuktikan selama berpuluh-puluh tahun pilihanraya di malaysia ini diadakan...

Dan itukah yang dimahukan oleh Nasharudin Mat Isa..?

Sejak tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas tahun lepas,lain macam pulak nada Nasha ni kan...?



3 comments:

  1. aku sokong Nasha ni..
    kita semua patut sokong nasha...

    ReplyDelete
  2. Waris... nasha salah... cuba tanya dia dan diri anda sendiri... bagaimana nak menegakkan agama jika kita tiada kuasa?

    ReplyDelete
  3. saya katakan tidak, tidak sokong tidak kpd nasha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive