Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 13 October 2012

AMEK KAU!!! LUBANG SEPANJANG 6 KAKI DI TENGAH JALAN!!!


Lubang besar yang berukuran 6 kaki di tengah-tengah jalan ni..
bukan berlaku di jalanraya di Selangor..
bukan di Kelantan..
bukan di Kedah dan bukan juga di Pulau Pinang...

Tapi lubang yang dah macam kolam ikan ni berada di Jalan Masai Lama,Pasir Gudang,Johor..
yupp! di negeri yang ada plet kereta termahal tu...



Untuk menjadikan lubang yang asalnya kecil menjadi sebesar ini memerlukan usaha keras PBT di Pasir Gudang di dalam "pengabaian" tugas mereka selama 6 bulan berturut-turut..

Lagi pun mana TV3 dan Utusan berani paparkan isu-isu yang macam ni  di negeri yang ditadbir BN..
tu sebab boleh bertahan selama 6 bulan tu..

Menurut si pengadu, Mohd Latif Mohamad, 32, “Saya sendiri tercedera selepas motosikal yang ditunggang gagal mengelak lubang ini sehingga terlibat kemalangan, malah ada peristiwa yang hampir meragut nyawa penunggang motosikal.” 

Mohd Latif berkata, keadaan bertambah bahaya pada waktu malam kerana sepanjang laluan dari kawasan perindustrian Plentong ke Lebuh Raya Pasir Gudang itu gelap tanpa diterangi cahaya lampu jalan.


Kalau lubang sebesar ni berlaku di Selangor,TV3 dan Utusan akan mainkan isu ni selama 3 bulan berturut-turut tanpa henti...
lepas tu Najib akan umumkan peruntukan sebanyak RM1juta untuk menutup lubang tu...
 
Berita-berita kelemahan pentadbiran di negeri-negeri BN didiamkan oleh media arus perdana UMNO....
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive