Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 October 2012

ADUN UMNO SOKONG ORANG KAMPUNG BERDEMO TUNTUT PERHATIAN KERAJAAN BN!!



Apabila diri sendiri pun dah tak mampu nak selesaikan masalah rakyat disebabkan kegagalan dan pengabaian yang dilakukan oleh kerajaan BN...

Seorang Adun UMNO menyokong penuh tindakan penduduk Kampung Setia di Perak melakukan demonstrasi bagi menarik perhatian pihak kerajaan BN terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mendengar masalah penduduk setempat yang telah pun beberapa kali mengadukan masalah yang mereka hadapi kepada pihak berkuasa..

Jumaat lepas,
penduduk Kampung Setia mengadakan demontrasi aman selepas solat jumaat
selepas tidak lagi tahan dengan kekerapan kemalangan di laluan utama Ipoh-Kuala Kangsar di Kampung terbabit...


Selain daripada keadaan jalan raya di situ yang agak membukit sehingga menyukarkan pemandu untuk mengagak kedatangan kenderaan lain dari arah bertentangan.. 

Penduduk juga mendakwa tiadanya kelengkapan yang sepatutnya seperti :
  • papan tanda jalan, 
  • pembahagi jalan, 
  • lampu isyarat, 
  • pencahayaan yang tidak mencukupi selain 
  • garisan pembahagi jalan yang sangat mengelirukan pengguna jalan raya adalah faktor besar yang menyumbang kejadian kemalangan di kawasan tersebut..
Datuk Ahamad Pakeh Adam
Wakil Rakyat daerah tersebut iaitu Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam (UMNO) pun bersetuju dengan demonstrasi yang dilakukan selepas beliau sendiri  gagal menyelesaikan masalah tersebut..


Menurutnya, "Mereka (penduduk kampung) sudah membuat laporan berkenaan perkara ini, namun tiada tindakan daripada pihak berwajib. Malah saya sendiri pernah bertemu JKR Daerah Kuala Kangsar berhubung masalah ini dan maklum balas yang saya terima adalah ketiadaan peruntukan untuk penambahbaikan.

"Dengan itu saya rasa tindakan penduduk mengadakan demonstrasi sangat wajar kerana masalah ini membabitkan keselamatan dan kesejahteraan hidup mereka," kata Adun berkenaan..

 



hmmm...? Tiada peruntukan untuk penambahbaikan..?
habis peruntukan RM19 bilion ini kemana perginya..?


Baru Adun UMNO tu tahu yer...
apabila kerajaan BN gagal menjalankan amanah yang diberikan kepada  mereka,kadang-kadang rakyat perlu turun ke jalanraya untuk berdemonstrasi bagi mendapatkan perhatian kerajaan...



Beliau sebagai Adun pun tak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun beliau sendiri merupakan Adun dari parti pemerintah iaitu UMNO..

Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam ni adalah salah seorang dari 3 Adun UMNO Perak yang menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding lagi pada PRU13 ni..

Mungkin juga kerana beliau sendiri sudah muak dengan janji-janji yang semakin DICAPATIKAN oleh UMNO-BN..

Korang tengok di belakang orang ramai tu ada bendera apa..?
dimana ada kubu kuat BN..
dimana ada melayu yang kuat sokong BN 
disitulah masalah rakyat diabaikan BN...

Kalau nak tengok macam mana UMNO abaikan melayu yang kuat menyokong mereka,baca ni.. [kampung kat perak ni yang tak pernah merasa air bersih..
sejak perang jepun lagi minum air sungai jer..]
 

Tiada peruntukan..? kah..kah..kah..
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive