Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 October 2012

3 PEMIMPIN BN INI DIKAITKAN DENGAN KUMPULAN GANSTER


3 pemimpin BN ini dikaitkan dengan gejala Gangsterisme..
mereka ialah :-
  • Datuk Seri Dr S Subramaniam
  • Khairy Jamaluddin
  • T Mohan
T Mohan ini adalah individu yang memukul Murali,Ketua Cabang PKR Puchong,
beritanya [BACA DI SINI]

Kegiatan samseng di dalam BN ni memang sudah diketahui umum..
dan tak menjadi pelik pun...
dari baling cat merah pada bas yang dinaiki Anwar,pukul mahasiswa yang membuat bantahan aman di Dataran Merdeka,baling selipar ke dalam masjid  sehinggalah merosakkan kereta Anwar Ibrahim..


Mungkin itulah sebabnya Najib pun berani mengeluarkan kenyataan ancaman bahawa BN akan pertahankan Putrajaya walau apa cara sekali pun,biar berputih tulang,BN akan tetap pertahnkan Putrajaya...

Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme

KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh ‘Ahli Umno Selayang Baru’ dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.

Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.

Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.

Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.

“Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.

“Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat,” katanya ketika ditemui di luar balai polis.

Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam.

Selangorku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive