Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 15 September 2012

ZED ZAIDI SEPERTI MENEPUK AIR DIDULANG - HAIRIE OTHMAN



Zed Zaidi diibaratkan oleh Hairie Othman seperti orang yang menepuk air di dulang...
terpercik ke muka dia sendiri...

Dalam satu laporan di portal Mstar online semalam..
Zed Zaidi secara mem"babi hutan yang buta" mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.



Tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu dijawab oleh Hairie Othmanyang menyarankan Zed Zaidi supaya tidak terikut-ikut dengan budaya fitnah UMNO dengan memfitnah sesama rakan artis sendiri...

Zed Zaidi mengeluarkan andaian tersebut hanyalah berdasarkan pandangan beliau secara peribadi bahawa semua artis di Malaysia ini tidak akan melakukan kerja secara percuma tetapi mereka melakukannya kerana sesuatu imbuhan..

Jadi bagaimana dengan Zed Zaidi sendiri yang dilihat syok sangat bekerjasama dengan UMNO dan BN....?

Apakah dia maksudkan diri dia sendiri jugak..?

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno

SHAH ALAM, 14 SEPT: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini. (semalam)

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu,  Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,”  kata Hairie yang terkenal dengan watak  ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

“Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

“Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

“Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

“Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah,” kata Abby lagi.

Selangorku.

1 comment:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(mca gombak) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    save MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive