Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 27 September 2012

TIAN CHUA CABAR KERAJAAN DEDAH MAKLUMAT JET PERIBADI DINAIKI ANWAR!!



Kalau dah sampai tahap berani cabar Kerajaan supaya dedahkan segala maklumat berkenaan jet peribadi yang dinaiki Anwar tu..
aku percaya mesti pendedahan tu nanti secara automatiknya akan menutup segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh UMNO sejak isu ini dikeluarkan..

Namun..
seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini..
setiap ahli korporat yang membantu Anwar Ibrahim sebenarnya,mereka telah merisikokan perniagaan mereka sendiri..
risiko tersebut dikira dalam konteks sistem pemerintahan yang ada di Malaysia kini..

memang tak selamat...

Jadi tidak peliklah sekiranya Anwar merahsiakan siapa rakannya itu..
pandangan aku...
jangan letakkan risiko yang membahayakan ke atas bahu rakan sendiri.. 
lantak lah apa orang nak katakan pun...

So,pendedahan siapa rakan Anwar tersebut tidak boleh datang dari mulut Anwar atau pimpinan yang lain...

Kalau kerajaan nak tahu (atau mungkin juga dah tahu) siasat dan umumkan sendirilah..
aku percaya mustahil pihak kerajaan masih tidak tahu lagi siapa rakan Anwar tu..


Isu jet: Tanya pihak berkuasa, kata Tian Chua

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.


Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”


Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: “Saya  tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.


Teguran itu dibuatoleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.


“Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu,” katanya.


Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: “Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah.”



Kecohkan isu jet ni...
tak macam kes yang ini.. [sewa jugak ni.]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive