Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 24 September 2012

TERBONGKAR!! PENGGAMBARAN RAHSIA RAKYAT BERATUR UNTUK AIR.



BN sedang melakukan penggambaran rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..


Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut.. 



Penggambaran ini dilakukan semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor,sedangkan masalah air di Selangor tidaklah seburuk yang diwar-warkan oleh media UMNO iaitu TV3,RTM,Utusan dan Berita Harian...


Macam-macam yang sudah dilakukan oleh BN untuk menggembar gemburkan isu air di selangor ni..

Sebelum ini beberapa tempat di Selangor terpaksa menerima permainan jahat BN apabila gangguan bekalan air sengaja dilakukan bagi menimbulkan kemarahan penduduk supaya penduduk memberi tekanan kepada kerajaan Negeri...

Mereka juga melakukan ugutan terhadap kerajaan Selangor...
ugutan tersebut dilakukan oleh kerajaan BN Pahang yang akan membatalkan bekalan air dari Pahang ke Selangor sekiranya Selangor enggan meluluskan Projek Langat 2..

Aku percaya filem pendek ini akan digunakan sebagai alat propaganda semasa kempen PRU 13 nanti..

Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.
Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Malaysiakini juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive