Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 20 September 2012

SORANG KATA POTONG TANGAN,SORANG LAGI KATA JANGAN POTONG TANGAN - TUN M.


"Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan." 
Itulah kata-kata dari seorang yang pernah menghina Nabi... Mahathir.

Beliau memberi respon sebegitu dalam satu sesi dialog mengenai Pilihanraya Malaysia yang mana kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan selepas PRU 13 nanti..

Mahathir cuba mewujudkan persepsi seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan berbalah sesama mereka...
sekaligus menurut beliau negara berada dalam risiko...

dan beliau memberikan contoh "soal hudud"...

Tahun 2008 dulu pun...
UMNO berkata dalam ceramah mereka di seluruh Selangor bahawa..
jika PR memerintah Selangor..
Selangor akan bangkrap dalam tempoh hanya 6 bulan sahaja..
pemberian 20 meter padu air percuma,akan menyebabkan Selangor muflis, dan projek pemberian air percuma itu dengan sendirinya akan gagal..

Itu kata UMNO..

Namun kini..
semua yang di"momok"kan UMNO itu,secara jelas semuanya tidak benar..
Selangor bukan sahaja tidak bangkrap,malah ada simpanan sebanyak RM2.1 bilion kini..
 
Andainyalah kita dengar dan terpengaruh dakyah UMNO itu semasa PRU -12 2008 dahulu..
pastilah sehingga sekarang kita tidak akan tahu kemampuan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat..
kita juga tidak akan ada kemudahan dan kebajikan-kebajikan yang telah disediakan untuk rakyat Selangor..

Nak sembang,panjang sangat nanti...
baca je kat laman web Merakyatkan Ekonomi Selangor ini..

Aku bagi satu contoh,baca ini GAJI GURU KAFA SELEPAS PR PERINTAH SELANGOR


Objektif Mahathir tu cuma satu..
beliau mahu rakyat berasa sangsi dengan Pakatan Rakyat dan seterusnya tetap dengan pilihan sejak tahun 1957 iaitu memilih BN bagi membolehkan tradisi pemimpin BN "mengkekah" harta negara secara berjemaah dapat diteruskan...

Berbalik kepada isu hudud seperti yang Mahathir katakan tu...
bagi aku isu hudud ini kita serah sahaja pada Allah...

Dalam Pakatan Rakyat..
  • Kita ada PAS yang benar-benar memperjuangkan Islam secara keseluruhannya termasuklah sistem perundangan Islam ke atas penganut agama Islam...
  • Kita juga ada Parti Keadilan Rakyat yang menitik berat isu keadilan didalam sistem negara,dan dalam soal hudud pula Keadilan tidak membantah perjuangan PAS,cuma menurut Ketua Umum parti itu,ianya perlu kepada kesepakatan bersama..
  • Kita juga ada DAP yang memperjuangkan hak semua kaum di negara ini mengikut acuan demokrasi, dan dalam soal hudud mereka membantah kerana DAP menekankan perkara yang disepakati diantara semua parti komponen PR berhubung isu hudud,iaitu meneruskan sistem perlembagaan undang-undang sedia ada tanpa hudud..
Perlu ingat..
DAP menolak hudud kerana ianya berbeza dengan perlembagaan negara yang mereka ketahui..
tetapi MCA dan UMNO menolak hudud siap dengan kata-kata cacian,hinaan dan memperlekehkan hudud dengan mengatakan hudud itu undang-undang yang zalim..

Baik..
bagi aku mudah...
jika kita berusaha untuk melaksanakan hudud..
dan Allah izinkan ianya terlaksana,
maka ianya pasti akan terlaksana..

Bagaimana..?
itu kita serah kepada Allah.. Allah Maha Mengetahui..

Mana tahu mungkin suatu hari nanti DAP dan rakyat Malaysia  keseluruhannya memahami konsep hudud yang mahu dilaksanakan adalah untuk yang beragama Islam sahaja...
sebagaimana wajibnya solat dan puasa bagi orang Islam tanpa mengganggu hak bukan Islam..

Tetapi jika kita telah berusaha..
dan Allah tidak izinkan atas sebab-sebab yang hanya Allah Maha Mengetahui..
maka kita berserah kembali kepada Allah..

Yang pentingnya kita berusaha..
bukan macam UMNO yang mana selama 55 tahun memegang tampuk pemerintahan negara,langsung sekali pun tidak pernah menganjurkan satu forum perbincangan sesama ulama' bagi mencari jalan melaksanakan hukum-hukum Allah..

Dalam membuat pemilihan...
kita kena fikir kembali konsep mudarat besar dan mudarat kecil...

Dalam Islam..
jika disaat isteri kita mahu melahirkan anak tetapi berdepan dengan masalah yang amat kritikal..
sehingga doktor meminta kita membuat satu pilihan akhir,samada mahu menyelamatkan nyawa anak yang bakal dilahirkan atau pun nyawa isteri..

  • Selamatkan anak,isteri akan meninggal..
  • Selamat isteri anak akan meninggal..
Doktor kata tiada jalan lain lagi untuk selamatkan kedua-duanya, (ini contoh)
jika begitulah keadaannya..
maka dalam Islam,kita wajib selamatkan nyawa isteri..

Sebab..
  • Menyelamatkan nyawa isteri dan menggugurkan anak adalah mudarat  kecil , berbanding 
  • Menyelamatkan anak dan membiarkan isteri mati adalah mudarat besar..
Sebabnya, jika isteri diselamatkan,dia masih boleh memberikan kita beberapa zuriat lagi dimasa hadapan dengan izin Allah..

Begitulah juga dengan negara kita..
kita ada BN..
kita ada PR..

Selama 55 tahun ini,kita telah lihat bagaimana khazanah negara dikaut oleh pemimpin BN dan kroni-kroninya..
bagaimana tender secara "direct nego" sesama mereka dilakukan..
sehinggakan kekayaan negara hanya berlegar sesama mereka sahaja..
sehinggakan ekonomi melayu yang dahulunya ditangga kedua,telah pun jatuh ketangga ketiga selepas Cina dan India..

Seorang suami menteri dapat tender ratusan juta walaupun dia tidak ada kepakaran dalam bidang tender yang dia dapat tu..

Banyak lagi kalau nak dibicarakan..
hakikatnya,memilih BN adalah satu kemudaratan besar kepada rakyat negara kita ini..

Bila didatangkan kepada kita sesuatu yang lebih baik ataupun mudarat yang lebih kecil,maka kita mestilah menolak kemudaratan yang besar tadi...


- Panjang lebar ler pulak...

1 comment:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive