Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 26 September 2012

PENDEDAHAN PANAS - DANA PRU13 DARI YAHUDI DIDEDAHKAN


UMNO selalu mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima dana dari negara luar..
menuduh Pakatan menerima dana dari yahudi...

Bahkan sampai jet peribadi yang dipinjamkan oleh kawan Anwar di dalam negara ini pun UMNO kata itu jet dari Yahudi..

Jadi..
kalau korang nak tengok apa yang digembar gemburkan oleh UMNO sebagai dana dari yahudi untuk persediaan PRU 13 nanti..

kita akan saksikan pada jumaat ini..

Susah payah PR berusaha mendapatkan dana..
UMNO dengan senang hati  je membuat persepsi PR ditaja oleh yahudi..

Wan Azizah, Nik Aziz lelong barang peribadi kutip dana PRU 13

KUALA LUMPUR 26 September: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13,” katanya.

Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu.

Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive