Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 24 September 2012

PASAR MALAM TUTUP 20 MINIT HORMATI MAGHRIB DAPAT DILAKSANAKAN DIBAWAH PR


Di selangor ni banyak perkara baru yang baik dapat kita rasai dan alami sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di Selangor daripada kerajaan UMNO/BN...

Selain dari 20 meter padu air percuma diberikan kepada rakyat Selangor...
selain dari gaji guru KAFA mendapat kenaikan sebanyak RM600 setiap bulan..
selain dari program keagamaan di masjid-masjid di Selangor semakin rancak dilakukan..
dan berbagai-bagai lagi kemudahan dan kelebihan yang diterima oleh rakyat Selangor.. [LIHAT MES]


Kini,satu perubahan telah pun dilakukan di Selangor apabila pasar malam ditutup selama 20 minit apabila tiba waktu maghrib bagi menghormati waktu maghrib dan bagi memudahkan peniaga dan pengunjung untuk solat maghrib..



Umum mengetahui waktu maghrib adalah waktu yang paling ramai orang berkunjung ke pasar malam,keadaan ini menyebabkan para peniaga sukar untuk meninggalkan perniagaan mereka bagi menunaikan solat maghrib..

Dengan adanya sistem yang sebegini,ia akan memberikan mereka peluang untuk menunaikan solat maghrib dengan lebih tenang...

Cetusan idea JKKK

Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.
“Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.


“Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.


“Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.


Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.


Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.


Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.


"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.


“Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu

Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat,” katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.



Peniaga sambut baik


Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.


Jika kita mahukan perubahan,kita mesti berani buat perubahan!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive