Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 20 September 2012

PANAS!! 92% PANGSAPURI DISELANGOR TIDAK DAPAT AIR PERCUMA


Aku ingatkan dengan berlakunya saman menyaman penduduk terhadap kerajaan negeri dalam isu air percuma baru-baru ini..
ingatkan memang betullah kerajaan negeri ni salah...
dan aku ingatkan 92% pangsapuri kat Selangor ni yang tak dapat air percuma..

Bukan apa..
sebab sebelum ini kita digemparkan isu saman-menyaman ini dengan begitu hebat sekali oleh TV3,RTM,Berita Harian dan Utusan...
berita itu dibuat seolah-olah,semua rakyat di Selangor ni tak dapat air percuma...
seolah-olah Rosmah mansur telah memakai tudung litup..
gempar tahap berdarah hidung...
 
Rupa-rupanya...

92% tu adalah peratusan pangsapuri di Selangor yang telah lama menikmati 20 meter padu air percuma..
diulangi...  92% pangsapuri di Selangor ini telah pun menikmati air percuma setiap bulan..

Pada 11 September 2012 :-
Seramai 711 orang mendakwa mereka berasa tertipu kerana mereka semua menggunakan meter pukal... 
mereka yang menggunakan meter pukal dan selepas tu berasa tertipu kerana menggunakan meter pukal itu pula telah memfailkan saman gantirugi terhadap Kerajaan negeri Selangor sebanyak RM405,270..

Kemudian pada 19 September 2012 :-
Terdapat pula kumpulan kedua seramai 2,020...
(errr..jumlahnya memang sengaja dibuat supaya nampak macam wawasan 2020, dan itulah sebabnya juga kita tahu semua ini memang telah dirancang) orang juga berasa tertipu  kerana mereka menggunakan meter pukal...
oleh kerana mereka berasa tertipu kerana menggunakan meter pukal maka,mereka telah menyaman kerajaan negeri Selangor sebanyak RM1.15juta sebagai gantirugi..



Mereka semua menyaman kerajaan negeri kerana mereka adalah pengguna meter pukal dan mereka tidak menukarkannya kepada meter individu (yang merupakan syarat bagi penerimaan air percuma..)

Penukaran dari meter pukal kepada meter individu boleh dilakukan dengan pihak penduduk dan pihak pengurusan pangsapuri memohon kepada pihak Syabas...

Info :- syarat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu adalah kepada pengguna meter individu sahaja,pengguna meter pukal perlu menukarkannya kepada meter individu.

Kenapa mereka saman jugak..?
manalah aku tahu.. korang [BACA SINI]  untuk mengetahuinya.

92% Pangsapuri Kos Rendah Terima Air Percuma.

SHAH ALAM 21 SEPT : Sejak program pemberian air percuma dilancarkan pada Jun 2008, sehingga kini lebih satu juta penduduk yang menggunakan meter individu menikmati air percuma termasuk penghuni pangsapuri kos rendah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, usaha memastikan pemberian air percuma dapat dinikmati penghuni pangsapuri kos rendah dilakukan sejak Jun 2010 lagi dan akan di teruskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

“Usaha tersebut dilakukan kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu.

“Antara lain kita mewujudkan Skim Safwa (Skim Rebet Air Percuma) untuk membolehkan penghuni pangsapuri kos rendah mendapat manfaat air percuma,” jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Rekabentuk Rumah Mampu Milik Selangor 2012 di sini petang tadi.

Sejak skim tersebut dilancarkan pada Julai 2010, sehingga Julai 2012 lebih RM 6 juta dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Rekod Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) juga melaporkan sebanyak 92 peratus atau 214 kawasan melibatkan 58, 049 unit pangsapuri kos rendah menerima air percuma menerusi Skim Safwa.
Manakala baki 18 kawasan atau 6, 666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.

Katanya lagi, Skim Safwa turut ditambah baik menerusi ‘Lapor dan Dapat’ di mana setiap pangsapuri yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus kepada Syabas.

Bagi penghuni pangsapuri bukan kos rendah pula, mereka perlu memohon daripada Syabas untuk proses migrasi meter pukal kepada meter individu.

“Kerajaan Negeri turut menubuhkan pasukan khas bagi membantu proses migrasi ini bagi para penghuni pangsapuri bukan kos rendah untuk membantu melancarkan dan mempercepatkan proses tersebut,” ujarnya.

Mengulas saman terbaru yang dikemukakan terhadap Kerajaan Negeri berkenaan isu pemberian air percuma, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri menghormati hak rakyat Selangor untuk mendapatkan tindakan undang-undang.

“Kita akan kaji perkara ini tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program air percuma ini,” ujar beliau.



2 comments:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. Syed Kass Tuan Kob6 December 2012 at 20:48

    Kasihan melihat ramai pengguna air di S'gor yang tinggal di pangsapuri kos rendah, estet dan pendalaman masih lagi gagal dapat bekalan air percuma. Sudah empat tahun lamanya, penduduk tanggung derita. Kepada MB S'gor, lain kali jangan berjanji kalau tak mahu tepati. Munafik namanya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive