Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 28 September 2012

PAIP BOCOR RAKYAT DIBAHULUKAN - 500 PENDUDUK JERANTUT MARAHKAN PAIP!!



SinarHarian

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa slogan kerajaan pimpinan Najib adalah "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"..
 
Namun,dari apa yang dapat kita lihat,sebenarnya prestasi kerajaan BN masih ditakuk lama..
slogan berkenaan hanyalah sekadar slogan tanpa perlaksanaan yang berkesan bagi melaksanakannya.

Begitulah yang mungkin dirasakan oleh 500 penduduk Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan,Jerantut,Pahang apabila menghadapi kesulitan mendapatkan air bersih sejak lima hari lalu akibat  paip besar yang menyalurkan air ke kawasan
perumahan pecah.


Yang membangkitkan kemarahan penduduk adalah Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mengambil sikap sambil lewa di atas kesusahan penduduk dengan tidak bersungguh-sungguh membaiki paip yang percah.

Kontraktor yang dilantik oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip),boleh pulak menghentikan kerja-kerja pembaikan paip yang bocor dengan alasan tiada alat ganti..

Sudah lah begitu, kesengsaraan penduduk dibiarkan berlanjutan selama 5 hari tanpa air..


Aduan ke pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dijawab dengan pelbagai alasan dan akhirnya panggilan telefon dari penduduk pun tidak dijawab..

Akhirnya,penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan bergotong royong membaiki paip yang pecah dan kerja-kerja dapat diselesaikan dalam hanya satu hari sahaja.

Jadi,inikah yang dikatakan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"?

Rakyat sebenarnya sedang dibahulukan.. 

Mungkin inilah yang digembar gemburkan Najib sebagai BN bijak mengatasi masalah air..
paip bocor pun tak dapat nak baiki,ada hati nak jaga hal air Selangor..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive