Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 19 September 2012

NEGERI PR ATAU BN NI? - PELAJAR KOMA TERJATUH ELAK JALAN BERLUBANG!!



Ini satu berita sedih...
hanya disebabkan kecuaian pihak berkuasa tempatan gagal membaiki jalan yang sudah rosak..
seorang pelajar tingkatan enam kini koma selepas terjatuh daripada motosikalnya kerana beliau cuba mengelak lubang yang besar di tengah-tengah jalan...


Ini bukan berlaku di Shah Alam..
bukan di Klang...
bukan juga di Ampang...

Tetapi ini berlaku di Perak..
sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan yang kerap mendabik dada bahawasanya merekalah pembuat jalan yang paling cekap dan pernah cuba mahu mengajar kerajaan Selangor untuk membaiki jalan-jalan di Selangor...

Itulah jadinya...
kena ingat bila satu jari telunjuk menunjuk cari salah orang lain...
empat lagi menunjuk ke diri sendiri...

Perbetulkan dulu jalan di Perak tu..

Sinar Harian
Mangsa jalan berlubang

SUNGAI SIPUT - Akibat mengelak laluan berlopak di tengah jalan raya, seorang pelajar tingkatan enam kini berada dalam keadaan koma selepas terjatuh daripada motosikalnya dalam kejadian di Taman Lintang Perdana, pagi Khamis lalu.

Mangsa, Nor Amirah Ghazali, 18, berasal dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Lasah dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz dalam kejadian yang berlaku jam 7 pagi itu.

Nor Amirah yang mengalami pendarahan beku di kepala selain keadaan tengkuk yang retak teruk kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga semalam.

Bapa mangsa, Ghazali Ismail, 59, berkata, anak bongsunya sudah menunjukkan beberapa perkembangan positif seperti mengerakkan tangan dan kaki.

Menurutnya, walaupun doktor mengesahkan sudah berjaya mengeluarkan darah beku itu, dia dan isteri, Khairul Bariah Mohd Noor, 54, berharap anak mereka pulih dan dapat bersekolah seperti sediakala.

“Kami sudah membuat satu laporan di Balai Polis Sungai Siput bagi membolehkan satu siasatan dibuat terutama berkaitan laluan tidak berturap itu sehingga mengundang kecederaan kepada anak saya.

“Selain itu, kami masih mempertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membiarkan laluan itu tidak diturap dengan baik sehingga mengundang kemalangan serius,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, kisah Nor Amirah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar tingkatan enam itu.

Beliau yang ditemui di pejabatnya semalam meminta supaya pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan masalah jalan berlubang dan tidak berturap dengan segera.

“Keadaan jalan seperti itu amat membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam.

“Penduduk juga sudah datang mengadu dan memohon agar jalan tersebut diturap namun sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkaitan.

“Saya turut melakukan perkara yang sama namun masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut,” katanya.

Ahamad Pakeh berkata, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak namun memohon agar mereka yang berkaitan supaya mengambil berat mengenai masalah tersebut kerana ia amat membahayakan pengguna jalan raya.

Tambahnya, jika terdapat jalan seperti itu, papan tanda dan kon amaran harus diletakkan bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

“Saya sudah melawat lokasi kejadian itu dan mendapati laluan berbahaya itu masih mendap dan rosak biarpun ia sudah diturap sementara dengan tar sehari selepas insiden itu.

“Selain itu, beberapa laluan lain di sekitar terutama di sepanjang Jalan Lintang turut berdepan masalah itu malah, ada sebahagiannya sudah diturap namun, masih berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana ia tidak diturap sempurna dan tidak rata,” katanya

2 comments:

  1. dah terhantuk baru nak tengadah..itulah kerja YB yg dipilih rakyat...ingat semua YB2...anda adalah khadam rakyat...jgn besar kepala bila dh duduk kat kerusi YB hgga rakyat nk jumpa pun susah.. rakyat boleh jatuhkan anda bila2 masa sahaja..

    ReplyDelete
  2. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive