Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 27 September 2012

NAJIB KATA KAWAN DIA GEORGE KENT LAYAK MEMANG LAYAK DAPAT TENDER LRT RM1 BILION


Memang kita dah agak dah..
Najib akan "membela" kawannya dalam isu pemberian tender sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV.

Najib kata tiada pembida lain yang berasa tidak puas hati dengan keputusan pemberian tender LRT tersebut kepada Syarikat George Kent-Lion Pacific JV.

Maka Najib,berdasarkan pengalamannya dalam menggunakan kuasa selama ini,merasakan bahawa jika tiada sesiapa merungut di depannya,maka semuanya telah berpuas hati...
dan beliau pun merasakan keputusan beliau mencampuri urusan lantikan
kontraktor bagi tender sambungan LRT Ampang itu adalah tepat...


Memanglah dorang tak merungut depan-depan atau buat rungutan secara rasmi...
kalau dorang mengadu nanti tak merasalah pulak tender akan datang..

Takkan itu pun tak faham Najib ni..?

Gila ke apa kontraktor nak merungut dan bising-bising di depan Perdana Menteri di atas keputusan yang diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri..?



Najib: George Kent layak dianugerah projek LRT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".

"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan secara telus dan terbuka.

Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

NONEPua dalam soalannya meminta Najib menjelaskan sebab syarikat George Kent dipilih sedangkan syarikat berkenan tidak berpengalaman dalam sektor rel dan tender syarikat itu lebih mahal daripada syarikat lain yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa menyatakan demikian.

NONERafizi juga mendakwa perdana menteri campur tangan dalam proses bidaan berkenaan sehingga  memihak kepada "sekutu rapatnya".

Dalam jawapannya di Parlimen itu, Najib bagaimanapun berkata GKLP JV lulus penilaian teknikal dan pemilihan firma berkenaan dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh ke atas "kehendak teknikal, kewangan dan perundangan dan juga syarat kontrak".

Gabungan firma berkenaan juga berkepakaran dalam bidang subsistem rel, kata Najib yang menyenaraikan perkara teknikal tersebut.

"Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman di dalam sektor rel adalah tidak tepat..." katanya yang berpendapat bahawa proses tender itu dijalankan dengan telus dan terbuka.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil kira aspek penglibatan syarikat tempatan dalam projek seperti itu, kata Najib.

"Aspek pembangunan vendor serta peluang syarikat berwibawa tempata di dalam menguasai bidang pengetahuan berteknologi tinggi melalui penglibatan secara langsung di dalam projek seumpama ini," katanya. Tambahnya, perkara itu terutamanya bagi "memastikan negara mendapat manfaat sepenuhnya dari perbelanjaan besar projek infrastruktut yang dijalankan.



Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive