Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 15 September 2012

NAJIB KATA ALLAH MENCINTAI PERJUANGAN UMNO.


Bagaimana Najib boleh kata Allah mencintai perjuangan UMNO...

aku pun tak tahu...

Tapi ayat yang dia sebutkan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini adalah berbunyi macam ni...
" apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga ALLAH mencintai perjuangan itu.."

Aku cuma syak yang Najib ni kini cuba menggunakan kaedah baru dalam mencipta persepsi bahawa dia kini konon-kononnya dekat dengan agama...
tu sebab sekarang ni dia banyak sebut nama Allah...
bagus ler kalau betul dia ingat Allah selalu..

Tapi dalam bab agama ni..
kalau tak pandai,tapi buat-buat pandai..
dengan mudah orang akan dapat kesan yang kita tu hanya berlakon jer..


Ibarat macam solat jenazah ler...
kalau kita tak pandai.. tapi kita buat-buat pandai..
bila nak masuk takbir kedua, kita pergi ruku' pulak..
tak ke naya..?

Lagi satu Najib kata..
"ALLAH akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan ALLAH dalam barisan teratur...

Yang ni pelik jugak...
bila masa UMNO berjuang mengikut landasan Allah ni..?

Hukum Allah kerap kali dihina selama ini..
tiba-tiba pulak dia boleh kata dia ikut landasan Allah..?

Korang baca le petikan dari Sinar Harian ni...
mula-mula aku ingat Sinar yang silap lapor...

Tapi bila aku cek kat Berita Harian pun sama gak ayat nyer...
berita harian punya petikan pun ada untuk korang tengok..

Sinar Harian
 Yang dibawah ni pulak Berita Harian punya petikan..
Berita Harian
Tengok Anwar ok jer  jadi imam solat fardhu...
Najib pun nak tunjuk ler yang dia pun islamik gak..

Mungkin Najib silap cakap gamaknya lepas penat berjoget sakan hari tu...






4 comments:

  1. cerita p ramlee ali baba dgn 40 penyamun....ketua penyamun mati dibunuh & bila ditanya 'aik, mati pun boleh senyum?'...dia jawab 'mati dlm iman da'.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(mca gombak) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    save MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak


    ReplyDelete
  3. Klu PR bt salah skit kamu dah kutuk habis habisan tpi umno bt salah dipandang sebelah mata jerr..

    ReplyDelete
  4. Syaitan yg dikenali mulai mendakwa perjuagan mereka yg menari di atas pentas bersama2 k-pop dan memeluk sambil berlaga pipi dgn pelakon hindustan diberkati Allah.. Kerja utama Syaitan adalah menyesatkan umat manusia..

    Memang Syaitan Gondol ni berjaya memperdayakan ahli2 UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive