Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 13 September 2012

MENTERI TAK UMUM - RAKYAT TAK TAHU RON 97 NAIK 30 SEN.



Masih ramai lagi yang tak tahu Ron 97 sudah naik harga rupanya...
kali ni sesuailah kita katakan BN ibarat kentut sambil bersiul...
bunyi ada,bau ada tapi seolah-olah dia tak bersalah jer...

Macam tulah kisahnya bila petrol Ron 97 dinaikkan sebanyak 30sen seliter,tiada pengumuman tiada alasan...
tiba-tiba petrol Ron 97 dinaikkan secara senyap-senyap...

Baca kisah seperti yang dilaporkan oleh wartawan Selangorku ini..

Rakyat Terkejut Petrol Ron 97 Naik Tanpa Diumum Menteri

SHAH ALAM 13 SEPT : Ada yang terkejut dan ada yang tidak pernah langsung mendengar sebarang berita pengumuman oleh pihak kerajaan dan Menteri berhubung kenaikan harga
petrol Ron 97 kepada RM0.30 berkuatkuasa 5 September lalu menjadikan ia berharga RM3.00 seliter.

Reaksi ini diterima wartawan Selangor Kini di sekitar Shah Alam berkenaan isu yang diutarakan.


Add caption
Menurut Roslan Husin,52..
beliau langsung tidak tahu menahu berhubung kenaikan itu kerana tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Menteri tidak seperti harga Ron 97 diturunkan sebanyak RM0.20 pada 5 Julai.

Malahan beliau bagaikan tidak percaya harganya sudah naik walaupun sudah beberapa hari perkara itu berlaku.

“Kerajaan tidak patut berbuat demikian sepatutnya hal kenaikan ini diumumkan agar rakyat mengetahui. 

Kerajaan sepatutnya bila hendak turunkan atau naikkan harga perlu diumumkan kepada rakyat,” ujar Roslan.

Hal demikian juga dipersetujui oleh Iskandar Che Soh,31, yang menyatakan kenaikan sebanyak RM 0.30 itu akan membebankan rakyat walaupun beliau tidak menggunakannya kerana harga bagi Petrol Ron 97 diluar kemampuannya untuk menggunakannya.

“Rakyat akan menjadi beban kepada kenaikan ini kerana harga barang juga akan ditakuti naik juga,” katanya.

Menurut Shahrul Sarni,32, kerajaan sepatutnya memberikan penjelasan yang munasabah sebarang kenaikan harga petrol kerana kenaikan tanpa pengumuman seolah-olah satu ‘serangan hendap’ terhadap kewangan rakyat.

“Saya tidak setuju dengan kenaikan ini kerana yang pastinya rakyat akan terus dibebani dengan kenaikan-kenaikan lain yang akan lebih menyusahkan rakyat seluruhnya,” kata beliau lagi.

Sejak 16 Julai 2010, Petrol Ron 97 sudah mengalami kenaikan sebanyak sembilan kali pada harga RM2.10 dan hanya dua kali penurunan harga.

Kali terakhir petrol Ron 97 turun adalah pada 5 Julai lepas sebanyak RM0.20.


1 comment:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(mca gombak) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    save MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive