Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 26 September 2012

KINI SOROS BUKAN LAGI YAHUDI






Beberapa hari lepas..
semasa dikaitkan dengan Suaram.. Soros adalah yahudi,dia jahat dan dialah penyangak yang mahu memerintah negara.. itulah yang dikatakan oleh Tun M seperti yang dilaporkan Utusan..

Tetapi kini..
Soros bukan yahudi lagi..

beliau telah pun masuk Islam dan mungkin di dalam IC beliau akan dinyatakan berbangsa melayu..
mungkin juga kad keahlian UMNOnya juga sedang dicetak..


 
Ini berlaku sebagai persediaan UMNO untuk menjawab pendedahan Malaysiakini hari ini bahawa "Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan"


Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

lapor Malaysiakini

Semalam pula Majlis AIDS Malaysia (MAC) mengakui Soros pernah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan Mahathir,iaitu Marina Mahathir.

Majlis AIDS Malaysia (MAC), dalam kenyataan rasmi kepada The Malaysian Insider, menjelaskan pembiayaan dana asing daripada Open Society  Foundation (dahulunya Open Society Institute) adalah bertujuan bagi menyokong aktiviti pencegahan HIV dikalangan populasi berisiko tinggi khasnya pengguna dadah.

Mungkin TV3 selepas ini akan menggambarkan Soros adalah lelaki yang budiman kerana telah membantu mahathir..

Senang nak faham..
hatta babi pun kalau dikaitkan dengan pemimpin UMNO..
mungkin sahaja akan ada fatwa yang akan dikeluarkan untuk menghalalkan babi tu...

Itulah UMNO yang kita kenal..
dia buat tak apa,orang buat tak boleh...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive