Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 24 September 2012

ISU JET PERIBADI - MILIK RAKAN,MINTA TIAN CHUA AMBIL GAMBAR KERANA BUKAN RAHSIA.


Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa jet peribadi yang digunakan beliau dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu adalah kepunyaan kawan beliau.. 

Dan Anwar juga menjelaskan bahawa gambar di dalam jet peribadi itu disiarkan dengan maksud tiada apa-apa yang perlu disembunyi atau dirahsiakan..

Anwar berkata: "Mengapa kita meminta Tian Chua untuk mengambil gambar-gambar ini? Kerana saya tidak mahu orang berfikir bahawa ini adalah rahsia. "



Sinar harian
Aku rasa isu Anwar naik jet peribadi ni sebenarnya tak patut jadi isu pun...
tapi biasalah cai UMNO akan kata begitu begini untuk burukkan Anwar..

Ada yang kata Anwar beli jet tersebut..
mari kita lihat petikan yang disiarkan dalam salah satu blog UMNO, AIDC, yang memang mencipta fitnah trhadap Anwar adalah kewajipan mereka setiap hari..

 
Dan aku rasa soalan "beranikah Anwar mengeluarkan kenyataan rasmi menjawab gambar-gambar tersebut" aku rasa sudah pun terjawab..

Malah Utusan siap siarkan lagi gambar Anwar di dalam jet tersebut,seolah-olah perbuatan itu adalah pelik dan salah...



Yang pasti Anwar tidak menggunakan dana kerajaan atau dana rakyat untuk perjalanan politik beliau... 

Anwar: Jet peribadi milik rakan
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive