Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 19 September 2012

HADI MINTA AMPUN PADA RAKYAT SABAH ATAS PERANGAI BURUK PEMIMPIN SEMENANJUNG


Presiden PAS,Datuk Seri Hadi Awang meminta ampun pada rakyat Sabah...

Itulah yang berlaku dalam ucapan beliau sempena sambutan ulangtahun Hari Malaysia di Tuaran Sabah pada malam ahad lepas...

Haji Hadi memohon ampun diatas perangai buruk pemimpin-pemimpin dari Semenanjung yang telah menjadikan Sabah negeri termiskin walaupun pada
hakikatnya Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya...

Secara logiknya..
rakyat di Sabah tidak boleh tercorot dalam senarai penduduk yang berpendapatan rendah diantara negeri-negeri di Malaysia ini...
kerana hasil bumi Sabah sangat banyak....

Selama 49 tahun BN memerintah Sabah..
habis kekayaan bumi Sabah dipunggah oleh kroni BN....

Hadi mohon maaf...

TUARAN: Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka....
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya. 

Pemimpin ulung PAS itu dalam nada suara yang tersekat, berkata demikian ketika berucap pada sambutan memperingati ulangtahun penubuhan Malaysia kali ke-49 di sebuah restoran di Tuaran pada malam Ahad.

“Biarlah (saya) bersendirian, saya pemimpin dari Semenanjung, walaupun ada pemimpin Pakatan Rakyat lain di sini, …saya memohon ampun dan maaf atas perangai para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun ini sehingga Sabah menjadi negeri yang paling di bawah…” 
katanya disambut keheningan termasuk mereka di atas pentas.

Turut mendengar kata-kata beliau itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata adalah zalim dan tidak adil untuk membiarkan rakyat Sabah terus dibelenggu pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur sedangkan negeri sangat kaya sumber minyak.

“Walaupun Pakatan sudah berjanji akan menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri yang ada minyak, tetapi dalam Islam diajar kita tidak boleh mengangkut hasil ini keluar dari wilayah itu selagi rakyat di wilayah itu belum selesai masalah mereka,” katanya disambut tepukan hadirin.

“Mari kita ubah keadaan ini… 
Jangan biarkan rakyat kita di Sabah terus menderita…” katanya lagi.

Hadirin yang dianggar tidak kurang 3,000 orang itu terpaksa bertahan serangan hujan sekejap-sekejap memaksa mereka mencari perlindungan di bawah puluhan khemah yang ada.

Harap-harap kali ni rakyat Sabah berani buat perubahan..
kalau tak berubah jugak,alamatnya hasil negeri terus dipunggah oleh pemimpin BN dan rakyat dibiarkan hidup dalam kesusahan...
 

2 comments:

  1. belum memerintah... mmg kluar "minta maaf".. kalao suda memerintah.. keluar perengai buruk... "minta maaf lah" nak layan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive