Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 29 September 2012

EZAM AKUI UMNO SEMAKIN LEMAH DAN DI AMBANG PERPECAHAN DISEBABKAN SIKAP MELAYU UMNO SENDIRI!!!



Ezam sendiri mengakui UMNO semakin lemah..?
pelik tu..
Ezam yang buat "u turn" ke UMNO semasa zaman Pak Lah jadi PM, konon-kononnya dia mahu menguatkan UMNO...
tapi kini dia sendiri mengakui UMNO semakin lemah?
 
Malah Ezam juga menegaskan bahawa keadaan itu disebabkan sikap kaum melayu UMNO itu sendiri..

Ezam juga menegaskan bahawa perpaduan di dalam UMNO semakin menurun sekaligus boleh menyebabkan parti UMNO berada diambang perpecahan..

Pelik tapi benar..
tapi aku melihat kenyataan ini dikeluarkan kerana Ezam nampak bibit perpecahan dalam UMNO yang sudah bermula di peringkat akar umbi yang dimainkan oleh team Muhyiddin Yassin..


Kebanyakan ahli UMNO diperingkat akar umbi melihat kepimpinan Najib lemah ditambah dengan adanya liabiliti kepada Najib,UMNO dan BN secara umumnya iaitu Rosmah Mansur..



Sinar Harian
Ezam: Kekuatan Umno makin lemah

SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.


Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.


"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.


Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive