Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 17 September 2012

BOLEH DIDAKWA - PATUTLAH MAHATHIR TAKUT PR MENANG PRU13.


Patut le selama ini Mahathir merupakan individu yang paling takut sekiranya PR berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 13....
dia juga sangat takut jika Anwar jadi Perdana Menteri..

Dulu Mahathir kata, dia sangat takut jika PR berkuasa,
katanya,PR akan menyalahgunakan kuasa dan kemudian menyabitkan dia dengan pertuduhan palsu dan memenjarakannya walaupun dia tak bersalah.....


Sinar
Rupa-rupanya...
memang "wajib" pun dia takut...

Tapi bukan takut dengan pertuduhan palsu seperti yang didakwa Mahathir,tetapi sebenarnya dia boleh didakwa atas salah lakunya semasa menjadi Perdana Menteri bagi merealisasikan pemecatan Anwar Ibrahim...

Ini didedahkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim....
beliau mengatakan Mahathir bersubahat dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan juga bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan dalam menyembunyikan fakta material dalam kes konspirasi fitnah liwat pertama sehingga menyebabkan Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri...

Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat



Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive