Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 19 September 2012

BERGAJI RM5000 TAPI BERKERAS NAK BR1M,SUDAHNYA BN DISAMAN!!!



Mudah nak faham...
gaji RM5,000 sebulan...
tapi tetap jugak nak BR1M....

Kalau saman...
siapa yang menang...?

Tu sebab Khalid kata dia tak takut kena saman dengan 711 pengguna meter pukal yang tidak dapat air percuma kerana tidak mereka tidak menggunakan meter individu...

Bukan je dia tak takut...

malah Khalid kata saman yang macam ni sebenarnya bagi dia peluang untuk terangkan perkara berkaitan syarat untuk terima air percuma ni...

Bukan je dia tak takut...
bukan je dia nak terangkan....
malah dia jelaskan pulak syarat-syaratnya...
Khalid kata syarat-syarat bagi menerima 20 meter padu air percuma ni mestilah meter individu...

Betul jugak,kalau meter pukal macam mana nak beri air percuma untuk setiap sebuah rumah..

Kat bawah ni ada syarat-syaratnya yang diambil dari web Merakyatkan ekonomi Selangor


Khalid kata lagi...
Kerajaan BN bagi BR1M sebanyak RM500 pada rakyat Malaysia...
tapi bukan semua rakyat....
hanya rakyat yang berpendapatan isi rumah dibawah RM3000 sahaja yang layak terima BR1M tu...

Agak-agak boleh tak kalau yang bergaji RM5000 nak saman kerajaan pusat sebab dia tak dapat BR1M tu kerana gaji dia RM5000 dan melepasi syarat kelayakan...?

Kadang-kadang kalau kita tak bengapkan dorang..
dorang tak mau nak sedar-sedar...

Penting rupanya air percuma ni bagi 711 orang ni yer...
agak-agak yang Noh Omar kata tarif air akan dinaikkan jika BN memerintah Selangor tu...
711 orang ni nak sokong tak..?


Saman Isu Air Peluang Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Terbuka

SHAH ALAM 18 SEPT: Isu tuntutan saman daripada 711 penghuni pangsapuri terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma merupakan peluang terbaik untuk beri penjelasan secara terbuka di mahkamah kelak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini kerana subsidi pemberian air percuma hanya diberikan kepada pangsapuri yang mempunyai meter individu sahaja.

Katanya, sejak 2008 keputusan pemberian air percuma hanya dilakukan sekiranya penghuni mengikut garis panduan syarat yang ditetapkan.

“Tuntutan saman merupakan hak individu, mana-mana individu yang mahu menikmati subsidi air itu hendaklah menukar kepada meter individu.

“Meter individu adalah sangat penting dalam pemberian subsidi ini dan senarainya ada di tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Begitu juga senarai penghuni yang sudah menukar meter dan sudah menikmati pemberian ini,” katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita sejurus selesai menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mereka bentuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru di sini.
Beliau juga memberitahu selepas 2006 Kerajaan Negeri tidak lagi menggunakan meter pukal bagi penempatan baru yang dibina.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai perjumpaanya dengan penduduk, Abdul Khalid berkata perjumpaan itu hanya akan dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri (LPHS).

“Bukan itu sahaja mereka boleh berjumpa dengan Adun, Ahli Parlimen, Exco sekiranya mahu berjumpa untuk berbincang mengenai isu ini atau isu lain,” katanya.

2 comments:

  1. MANTAP JAWAPAN DR SEORANG TOKOH KORPORAT DAN MENJADI MB SELANGOR SEKARANG (PR)...

    ReplyDelete
  2. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive