Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 29 September 2012

40 TAHUN TIADA BEKALAN LETRIK DI NEGERI BN!!!


Percaya atau pun tidak..
di pantai barat semenanjung ini masih ada lagi kampung yang tidak pernah merasa bekalan letrik selama 40 tahun...

Ini berlaku di negeri BN Janji Dicapati...
Perak Darul Ridzuan..
negeri MB yang merampas kuasa, Encik Zambry...

Bukan itu sahaja..
penduduk Kampung Matang itu juga tidak mendapat bekalan air yang sempurna..



Penduduk Kampung Matang tersebut diberikan alasan bahawa kos untuk memasukkan bekalan letrik ke Kampung berkenaan adalah sangat tinggi...

Alahai berapa je lah kosnya tu,sampai dikatakan tinggi sangat tu..?
ada ke kos membina pencawang tu semahal RM48.7 juta..?

Sebab RM48.7 juta tu adalah kos kediaman Najib dan Muhyiddin setahun..
setahun...bukan 20 tahun yer...
RM48.7 juta untuk rumah PM dan TPM tapi rakyat pendapatan rendah nak dapatkan bekalan letrik bermacam-macam alasan yang diberikan..
Rujuk kos kediaman PM dan TPM [DISNI]

Baharuddin Arip, 57 mendakwa “Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami.

“Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad,” katanya.


Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.


Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan.



PUSAT PLKN LEBIH PENTING DARI PENDUDUK.

Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli.

“Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini.


“Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup.


“Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas,” katanya.





Lianglahad - Inilah kisah semasa hidup rakyat Malaysia..
kita mampu dapat kehidupan yang lebih baik dari ini...
kita juga mampu mengubahnya,jika kita berani mengubahnya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive