Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 15 August 2012

USTAZ NASHA MINTA PAS KELUAR PAKATAN [VIDEO]


Ustaz nasharuddin Mat Isa mencadangkan supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat...
alasan beliau adalah kerana DAP dilihat menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud...


Samada beliau ni buta..
pekak atau dungu aku tak dapat nakpastikan... 
(cuma yang aku tahu keadaan gigi dia tak berapa bagus..)

Tapi apa yang pasti,dia ni lah parasit sebenar dalam usaha menggagalkan perjuangan PAS dalam politik tanahair..

Apakah beliau tidak tahu tahap bagaimana MCA membantah hukum hudud dan bagaimana selama 55 tahun UMNO menolak hukum hudud dari dilaksanakan..?

Tidakkah Nasharudin ni merasakan bahawaUMNO juga patut keluar dari BN..?

Bila Nasharudin meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat,konon-kononnya supaya PAS tetap kekal dengan pendirian menegakkan hukum Allah...
waktu itulah jelas menunjukkan dia ini adalah "parasit"..

Nasharudin tahu.. 
sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat,sudah pastilah Pakatan Rakyat tidak akan berpeluang memenangi pilihanraya UMUM ke 13..

Dan Nasharudin juga tahu..
sekiranya PAS keluar dari pakatan Rakyat...
kemudian tidak pula bergabung dengan mana-mana pakatan politik..

Sudah tentulah perjuangan PAS untuk membawa satu perubahan yang lebih baik di dalam negara ini tidak akan berada ditahap yang sepatutnya..


Ini telah terbukti selama berpuluh tahun sebelum "impak 1998" apabila parti-parti pembangkang bertanding secara solo dan menentang 14 parti yang bersatu dibawah Barisan Nasional.. 

Hasilnya BN dengan mudah dapat menewaskan parti-parti pembangkang...

Dan PAS juga..
sudah tentu tidak akan bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional,kerana Barisan Nasional sendiri pun membantah perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah negara Islam mengikut erti kata sebenar..

Jadi apa tujuan gesaan Nasharudin ni..?

Nampaknya..
kenyataan Nasharudin sekarang ni dah macam kenyataan ahli UMNO lah pulak aku rasa.. 

Nak tengok macam mana bersungguh-sungguhnya Nasharudin ni ambil hati Najib..
tengok sini..
jadi,nak le tanya...
Nasharudin dapat jugak ker bila keluarkan kenyataan macam ni..?

2 comments:

  1. Ini kurang betul no. 1:
    "sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat,sudah pastilah Pakatan Rakyat tidak akan berpeluang memenangi pilihanraya UMUM ke 13.."
    Memanglah Pakatan Rakyat akan kalah teruk, tapi PAS sebagai parti solo akan menang besar, sebab kebanyakan rakyat sekarang dah muak dengan isu rasuah, liwat dan orang kaya segera yg ada di UMNO dan juga di dalam Pakatan Rakyat. Yang mana nak di undi kalau BN dan Pakatan Rakyat sama sahaja? Kalau PAS bergerak secara solo baru ada perubahan betul2.
    Ini kurang betul no. 2:
    "Dan Nasharudin juga tahu.. sekiranya PAS keluar dari pakatan Rakyat... kemudian tidak pula bergabung dengan mana-mana pakatan politik.. Sudah tentulah perjuangan PAS untuk membawa satu perubahan yang lebih baik di dalam negara ini tidak akan berada ditahap yang sepatutnya.."
    Jika PAS bergerak solo, akan makin banyaklah orang Melayu Islam yg sokong PAS, maka makin senanglah perjuangan PAS akan tercapai. Cuba tanya ahli2 PAS apa pasal sokong PAS, maka jawapnya sebab PAS parti Islam.
    Kalau dah campur Pakatan Rakyat, maka PAS bukan 100% Islam lagi, sama macam UMNO jugak. Baik pangkah UMNO, sebab UMNO dah ada pengalaman memerintah kerajaan pusat walaupun rasuah. Kalau PAS 100% solo, baru bolah pangkah PAS.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive