Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 7 August 2012

POLIS BIMBANG JADI DERHAKA JIKA UNDI PAKATAN RAKYAT.


Rupa-rupanya pegawai-pegawai kerajaan ni beranggapan mereka akan jadi derhaka jika tidak undi BN.. 

Dalam erti kata lain mereka takut dianggap sebagai derhaka,tidak bersyukur oleh rakan-rakan mereka sekiranya mereka tidak undi BN..

Ini diakui oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari apabila mengatakan anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Patut ler macam kena rasuk je
anggota-anggota polis yang memukul,menyepak terajang rakyat yang menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 April lalu..

Rupa-rupanya mereka anggap kerajaan BN itu lah yang menentukan rezeki mereka di dunia ni... 

Mungkin kerana itu mereka berasa mereka wajib melindungi BN dalam apa keadaan sekalipun...
   
Sedangkan Allah dah terangkan dalam Al Quran...
Dia lah tuhan yang maha pemberi rezeki kepada semua makhluk di alam semesta ini....

Takkan itu pun kita gagal nak faham..?
 
 1) Surah Al-Baqarah, ayat - 212.


2) Surah Hud, ayat - 6

3) Surah Ar Rum, ayat - 40

Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka

WAWANCARA Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... 
akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak.

Malaysiakini.

1 comment:

  1. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive