Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 30 July 2012

SELANGOR BERTEGAS TIDAK MAHU NAIKKAN TARIF AIR.


Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian mengutamakan kebajikan rakyat apabila membuat keputusan untuk tidak menaikkan tarif air...

Sekiranya Selangor masih ditadbir oleh UMNO pada pilihanraya 2008 dulu,rakyat Selangor pasti akan dikenakan kenaikan sebanyak 37% jika mengikut perjanjian antara Syabas dengan Kerajaan UMNO Khir Toyo...

Namun...
Kerajaan PR Selangor mengambil tindakan untuk mengekalkan harga air dan mengenepikan perjanjian Syabas
dan UMNO...

Kini UMNO semakin mendesak Kerajaan PR Selangor untuk segera melaksanakan projek Langat 2 yang mana kos nya mencecah berbilion ringgit dan rakyat lah yang akan menanggung segalanya nanti..

Kita perlu bersyukur kerana Kerajaan PR Selangor bertegas dalam hal ini...

Dakwaan bahawa Selangor akan mengalami krisis air adalah satu propaganda BN...
catuan air dan tiadanya bekalan air terawat adalah salah satu cara BN mahu memberikan tekanan kepada Kerajaan Selangor...

Empangan di Selangor melimpah bagaimana pula boleh dikatakan Selangor akan mengalami krisis air..

Yang sebenarnya berlaku adalah Syabas secara sengaja tidak menyediakan bekalan air terawat dan kemudiannya menyalahkan kerajaan Selangor bagi mendesak projek Langat 2 disegerakan...
 

Kerajaan Negeri Bertegas Tidak Akan Naik Tarif Air.

SHAH ALAM 30 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk kekal mempertahanan keputusan untuk tidak menaikan tarif air sehingga 70 peratus di negeri itu bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rakyat negeri ini tidak boleh dibebankan lagi dengan kenaikan tarif air kerana bebanan kos sara hidup di negara ini sudah sedia tinggi.

“Kos sara yang ditanggung rakyat sudah cukup tinggi, jadi amat tak wajar kalau ditekan lagi dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

“Sekiranya Langat 2 diteruskan maka, rakyat Selangor akan memikul sehingga RM2,000 juta (RM2 Bilion) beban kos itu dan tarif air dinaikan,” kata beliau.

Abdul Khalid turut menyelar pemimpin Umno-BN yang bercakap soal kebajikan rakyat tetapi pada masa sama mahu menaikan tarif air di Selangor.

Selain itu, beliau turut mengutuk kenyataan yang meramalkan Kerajaan Negeri akan muflis sekiranya pemberian 20 meter padu air percuma dilaksanakan di negeri ini.

“Pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan negeri bukan sahaja tidak menyebabkan Kerajaan Negeri Muflis, tetapi rizab simpanan kita semakin meningkat,” ujar Abdul Khalid lagi.

Dalam ucapan Abdul Khalid itu, beliau juga sempat menceritakan pertemuan antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit masa dahulu.

“Saya pernah beritahu Tan Sri Muhyiddin, sebab saya nak tolong rakyat maka saya sertai politik,” ujarnya ketika menerangkan isu pemberian air percuma kepada Muhyiddin.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abdul Khalid baru-baru ini memulakan usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengelakan kenaikan tarif air.

Bagaimanapun usaha itu mendapat halangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat pemegang konsesi pengurusan air itu sendiri.

Dibawah satu usaha penswastaan oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi merawat air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang.

Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula, bertanggungjawab bagi menguruskan empangan yang menyimpan bekalan air mentah.

Bagaimanapun Syabas didapati gagal menguruskan sumber air di negeri itu dengan berkesan apabila pengguna di negeri itu sering mengalami gangguan bekalan air.

Selain itu, Syabas yang membayar gaji Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail sebanyak RM400 ribu sebulan itu, juga didapati gagal mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) dari 35 peratus ke 15 peratus dari setiap 100 gelen air bersih.

3 comments:

  1. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete
  3. Protes Selamatkan Padang UKRC_ Kuala Ampang dan datuk yip kum fook menyeleweng!
    Protes Selamatkan Padang UKRC_ Kuala Ampang dan datuk yip kum fook menyeleweng! Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar

    马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄. 今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

    Brother And Sister Of the respectfully That YIP KUM FOOK, MCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple's money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral Bring forward. I ... From: yuli visootsee Views: 7 0 ratings Time: 03:18 More in People & Blogs

    Sponsor by Frankie Lim and friends, sg. Buluh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive