Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 6 July 2012

KISAH UNCLE SEEKERS DAN RAFIZI - PEMBERI MAKLUMAT YANG BERISIKO DIPENJARA SELAMA 7 TAHUN!!


Uncle Seekers mendedahkan pelbagai maklumat tentang kerabat Johor di dalam blog beliau yang kebanyakannya boleh kita anggap sebagai "pendedahan berani mati"...

Ianya mengisahkan penceritaan berfakta yang melibatkan "perangai  dan sifat" kerabat Johor selama ini...

Sebagai rakyat malaysia yang tahu bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang maka apabila berlakunya pendedahan seperti ini sepatutnya pihak berkuasa menyiasat segala apa yang didakwa itu...


Uncle Seekers sepatutnya dipanggil ke balai bagi memberikan kenyataan dan segala bukti bagi menjalankan siasatan pada peringkat permulaan bukannya ditahan di dalam perjalanan dan digari...

Kena faham..!!
Uncle Seekers hanyalah pemberi maklumat...
bukannya pesalah jenayah...

Kisah yang sama juga berlaku kepada Rafizi Ramli...

Rafizi Ramli mendedahkan maklumat penyalahgunaan kuasa Najib ke atas pemilihan Kontraktor bagi Projek LRT Ampang [BACA SINI]

Apabila didedahkan perkara yang sedemikian...
apa yang digusarkan dan diutamakan oleh pihak PDRM adalah mengenai kebocoran maklumat yang membuktikan berlakunya penyalahgunaan kuasa...

Maklumat penyalahgunaan kuasa tersebut sikit pun PDRM tidak siasat...
yang dorang siasat macam mana Rafizi Ramli boleh dapat dokumen tersebut...
tak ker gila namanya..? 

Cipan (tenuk)
Kalau korang nak tahu tahap cipan daging tahap mana kes-kes yang sebegini...
Aku akan bagi contoh yang macam ni...

Katakanlah ada sebuah rumah telah dimasuki pencuri...
dah lah rumah kena pecah masuk... 
pencuri tu pulak merogol anak dara yang ada di dalam rumah tersebut..

Bila pencuri tu melarikan diri selepas mencuri dan merogol...
jiran sebelah ternampak kelibat pencuri tu dan nampaklah dia bentuk susuk tubuhnya..
jenis kereta yang dinaiki...
nombor plet kereta... 
dan sebagainya maklumat yang berguna yang memungkinkan pencuri tadi ditangkap..

TETAPI...
bila si jiran tadi beritahu polis yang beliau nampak perompak tu melarikan diri beserta dengan semua maklumat tadi... pegawai polis tu tahan dia pulak....
gari dia dan bawa ke balai...
masuk paper dan sebagainya....

Lalu,dia pun kena tahan reman 6 hari...
semata-mata polis nak tahu macam mana dia boleh nampak semua kejadian tu...
sebab polis nak dakwa dia kerana mengintai jiran sebelah...

Pencuri yang pecah rumah tadi...? = tak disiasat!
rumah yang kena pecah tadi..?       = tak disiasat!
anak dara yang kena rogol tadi..?  = sama jugak,tak disiasat...

Tapi yang kena tahan, yang kena siasat adalah si jiran tadi...

Tak ke bangang namanya tu..?

Berbalik kepada kes Uncle Seekers dan Rafizi tadi...
  • Uncle Seekers ditahan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.

  • Rafizi Ramli disiasat mengikut Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika dapati melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan ditahan penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih tujuh tahun... 
Bagaimana dengan Najib Razak...? 
bagaimana dengan Kerabat Johor..?
bebas sebebas-bebasnnya lepas bebas bahagia dan bergumbira...

Ini ker yang dikatakan tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang..?

Aku kecewa...

11 comments:

  1. aku setuju dengan pendapat tuan tanah kedaung..

    ape kejadahnya dia digari? bangang ke ape?

    ReplyDelete
  2. yeahh...saya setuju jugak......

    ReplyDelete
  3. saya tertarik dengan penulisan anda...terus saya cari maklumat dan saya dapat penjelasan di satu blog...

    http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/prinsip-prinsip-asas-undang-undang-fitnah-di-malaysia

    pada pendapat saya sepatutnya dikenakan tindakan undang2 di bawah akta ini. supaya uncle seekers dapat membuktikan kenyataan beliau itu fitnah atau btl2 berlaku. yang saya lihat di blog beliau, banyak yang dinyatakan berserta dengan bukti (walaupun tak pasti sahih ke tidak) dan banyak yang bermain dengan soalan. kalau anda perasan banyak penulisan uncle seekers dimulai dengan "betul ke..". even tajuk besar di atasnya bertanda soalan di hujungnya; "Sultan Johor atau Kerabatnya?"

    kesimpulan yang saya dpt buat ialah beliau dituduh atas akta yang lain untuk cover up, maka dengan itu terselamatlah org yang diceritakan itu, dan kita takkan tau betul atau tidak apa yang uncle seekers itu tulis...

    ReplyDelete
  4. dalam kes rafizi, memang rafizi betol. mengkantoikan pemimpin corrupt ape salahnye. bukak mata rakyat, selamatkan duit rakyat...

    tapi uncle seekers ni lain. dia buat mcm ni bukan ade kebaikan pon utk org lain. lagi memecah-belahkan je.

    keluarga diraja ni sama je dengan keluarga orang2 biase. bayangkanlah orang dok cite2 bende buruk pasal family kita tak ke kita marah? walaupun bende buruk tu betul dan bukan kita yang buat....

    perjuangan rafizi= untuk rakyat
    perjuangan uncle seekers= untuk sape? rakyat? keluarga diraja boleh mewah tanpa duit kerajaan lah...

    tengoklah kes uncle seekers x-permaisuri agong dulu. habis semua peribadi siti aishah tu diceritakan atas motif ape pon xtau lah. dia siap nak buat buku lagi. buat buku semata nak mengaibkan orang. nauzubillah

    daripada yang aku dengar, baca & tengok di media uncle ni angkuh orangnya. sukakan publisiti.

    walaupun mungkin dia betul. tapi hal family orang takpayah lah nak disensasikan

    ReplyDelete
  5. Yang saya nampak tentang kes uncle seekers ni x semua pun saya setuju, sbb kat luar pun byk yg berlaku dlm keluarga; kalau kita bercerita psl harta keluarga tuanku tu semua. Cuma kalau diteliti mmg ada isu2 yg melibatkan rakyat. Tentang cukai, tentang salah guna kuasa, kes rogol, kes pukul dan beberapa kes lg yg dipaparkan. Paling mudah contohnya kalau begini..kalau tuanku ada beratus kereta tapi semuanya tidak bercukai..berapa banyak duit yang patut rakyat dpt dari cukai tersebut? Dan kalau org yg berkuasa boleh buat sesuka hati pada rakyat, rogol, pukul, bunuh...adakah itu menguntungkan rakyat? Dan sebagai ketua agama, patutkah rakyat dipimpin oleh ketua agama yg tidak berakhlak? Itu bezanya bercerita psl keluarga rakyat dan keluarga ketua agama.
    Tapi saya setuju, cara dan penggunaan bahasa uncle seekers adalah terlalu kasar. Dah xde nampak niat nak menasihat. Lebih2 lagi bila fakta2/bukti2 yang ditampalkan di blog tu pun belum confirm betul..

    ReplyDelete
  6. setuju sangat...susah sungguh nk menegakkan keadilan di negara ini...kesian rakyat malaysia...huhuhu...

    ReplyDelete
  7. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    ReplyDelete
  8. SELAMAT MALAYSIA
    Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
    “U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
    “U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
    “U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
    Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
    Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
    Sekian, Terima Kasih.
    YANG BENAR,
    RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
    GOMBAK, SELANGOR

    SAVE MALAYSIA
    MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
    "U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
    "U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
    "U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
    If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
    We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.

    Thank you,
    THE TRULY,
    People Who Love Malaysia
    Gombak

    ReplyDelete
  9. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    Sponsors by Lawrence Tan Subang.....

    ReplyDelete
  10. Kita sebagai manusia yang rasional jangan la cepat melatah dalam isu ini. Tuhan bagi kita akal supaya kita boleh buat pertimbangan mana yang baik mana yang buruk. Apa sumber uncleseekers cakap sultan johor songlap duit rakyat. Kalau saya cakap uncleseekers penipu adakah pembaca semua percaya. Selagi tak ada sumber yang sahih kan dosa je kita fitnah memfitnah. Tuhan itu maha adil. Kalau baginda dan kerabatnya bermasalah maka adalah kerja tuhan membalasnya. Melayu ini bertuankan raja. Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah. Kita sebagai rakyat sepatutnya mendoakan kesejahteraan baginda sekeluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive