Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 2 July 2012

EDISI BANTU RAKYAT - SELANGOR LANCAR BANTUAN TADIKA.



Telah banyak kebajikan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Bawah pakatan Rakyat ini untuk rakyat Selangor...

Semuanya dilakukan bagi meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang yang semakin tidak seimbang dengan kenaikan gaji...

Kebajikan yang terbaru yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah Skim TUNAS (Skim Bantuan Tadika Selangor) yang dilancarkan semalam...

Aku dimaklumkan oleh petugas RMSB bahawa Skim ini terbuka kepada semua tadika di Selangor ini termasuk yang swasta...


Tetapi tadika tersebut mestilah mendaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS),barulah ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan yang anak mereka ada belajar di tadika tersebut dapat menikmati skim ini...

SKIM TUNAS ini memberikan bantuan sebanyak RM50 seorang anak sebulan...
contohnya jika tadika tu mengenakan bayaran RM60 sebulan, maka RM50 akan dibayar oleh Kerajaan Negeri dan ibubapa pula hanya perlu mambayar baki RM10 sahaja...

Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran terus kepada tadika tempat anak kita belajar tadi,sebab itulah tadika tadi perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS)...

Bayangkan sekiranya sebuah keluarga ada 3 orang anak yang masih belajar di tadika..
katakanlah bagi setiap seorang anak, tadika tadi kenakan bayaran RM50 seorang..
3 orang = RM150 sebulan...
melalui skim ini keluarga tadi tidak perlu membayar RM150 untuk 3 anak tadi..
sebaliknya ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri...

Zaman UMNO ada macam ni..?

Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika.

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.

Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

“Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat,” ujar Dr Halimah.

Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.

“Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.
“Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.

“Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini,” katanya  lagi.
Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.

“Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti,” kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.

Satu ‘road show’ juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.

‘Road show’ itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.
Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.

“Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. 

Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim
“Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran.”

Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.

“Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor,” kata Khatijah.

Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.

2 comments:

  1. Bg 100% percuma la, baru menepati manifesto pru12, kenape br skang nak buat?

    ReplyDelete
  2. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive