Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 12 June 2012

UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING PADA PRU13 - BEKAS ADUN UMNO


Memang selama ini kita dah duga dah...
penangguhan PRU13 disebabkan beberapa faktor...
selain dari faktor BN semakin ditolak oleh rakyat Malaysia..
BN juga menghadapi masalah dalaman mereka terutamanya dari parti berkeris iaitu UMNO...

Krisis dalaman dalam UMNO memang parah...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jadi calon...
masing-masing mahu pemimpin mereka yang jabi MB...
kiranya perpecahan dikalangan mereka ni dah tak dapat dibendung lagi dah...

Macam kat perak...
orang Muhyiddin Yassin dah mula mengambil tempat masing-masing di semua peringkat samada di cawangan
mahupun bahagian...
iyalah... penyokong mahu pemimpin mereka naik...
pemimpin pulak mahukan orang-orang mereka memegang jawatan di bahagian bagi memudahkan mereka mengundi semasa di pemilihan UMNO nanti...

Itulah sebabnya apabila perhimpunan ulangtahun UMNO yang ke-66 di Bukit Jalil hari tu yang dapat menghimpunkan sekitar 50 ke 60 ribu orang pun Najib dah gembira sesangat...

Itupun makan,minum,pengangkutan,penginapan dan duit belanja semuanya ditanggung...
dapatlah himpunkan sekitar 50 ribu ahli UMNO yang memang sudah mempersiapkan diri mereka untuk ditipu UMNO....

Bekas ADUN Umno: Rakyat NS tidak mahu Mohamad
REMBAU: Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13.

“Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi.

“Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tidak akan undi BN,” kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin.
Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Tazak.

Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

“Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. 

“Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, ” kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.

Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu,  penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

“Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau,” kata  Mohd Fauzi Othman.

‘Orang Isa tidak suka Mohamad’

Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau.

Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

“Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar.

“Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

“Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat.
“Cara ini (korporat)  mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa  Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13.
 
Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

“Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?” katanya lagi.

Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.

5 comments:

  1. Aku anak jati N.S..antara Mohammad Hassan dan Isa Samad antara langit dan bumi..selama 22thn Isa Samad jd MB tanyalah rakyat N.S apa kemajuan yg dah dibuatnya?Apabila Mohammad Hassan jd MB kita blh lihat kemajuan ketara yg memafaatkan rakyat N.S..tylah rakyat N.S siapa MB yg paling mesra rakyat? 1000 yg ditanya 999 kata Mohd Hassan yg paling disayangi. Yg tak suka dia hanya kroni2 mereka yg tdk boleh lg bersendawa besar dgn projek2 yg tak menguntungkan rakyat N.S. Yg tak mengundi Mohammad Hassan cuma kroni2 yg dua tiga kerat je..Ingat undi majoriti dr rakyat bukan kroni2..

    ReplyDelete
  2. den setuju bebonna.Tanyaolah mano2 orang n9 dari palong sampai ke pd, 99% sokong pembangaunan n9 yag mat hassan buek . yg 1% yang tak suko tu adalah kroni isa kemetot. lebih 20 tahun jd mb takdo isa buak hanya memberi makan kroni jo...isa n kroni bukan winnable candidate. kalau dia n kroni naik jugak akan bertambah boncilah rakyat pd umno.Kerajaan pusat lebih sayangkan umno ko atau isa kemetot. ini adalah suara hati generasi kedua umno....ingat, we'll watching you.

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum. Setuju, isa hanya menghancurkan n9. Buktinya kes sendayan yang satu dunia tahu. isa buat taik tapi mat hassan yang selamatkan maruah umno. Jom kita ramai2 kumpul i juta tandatangan sokong mat hassan dan tolak isa n kronis. Jika isa n kronis naik nama kami tak akan undi umno. Jgn nyesal nanti...

    ReplyDelete
  4. den org sendayan...

    den sokong mb kito....

    nogori baguih, bola baguih, mcm lg haaa..

    org bodoh yo sokong isa pendek...

    ReplyDelete
  5. VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR MONK) TO BE A MILLIONAIRE
    Ven. Dr. Ashin Indaka (Myanmar Buddhist Monk) or who is cheated devotee money about who want to become a monk; it is needed to pay RM400 per person. Each year more than 100 people become monks on Chinese New Year (Rm400 X 100people=Rm40, 000.00), then he spends 5 years in Malaysia (Rm40000.00 x 6 years=Rm240000.00) and total another income (donation) about Million MR (Malaysia Ringgit). This is news by MEMBERS OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    VEN. ASHIN INDAKA (SAMI MYANMAR) UNTUK MENJADI JUTAWAN
    Ven. Dr Ashin Indaka (Sami Buddha dari Myanmar) atau yang adalah hamba ditipu tentang wang yang mahu menjadi sami, ia diperlukan untuk membayar RM400 setiap orang. Setiap tahun lebih daripada 100 orang menjadi sami di Tahun Baru Cina (RM400 X 100people = RM40, 000.00), maka beliau menghabiskan 5 tahun di Malaysia (Rm40000.00 x 6 tahun = Rm240000.00) dan jumlah pendapatan lain (derma) tentang Juta MR (Ringgit Malaysia). Ini adalah berita oleh AHLI SAMNAK SAMBODHI TOKONG BUDDHA (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive