Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 14 June 2012

TIADA DI ZAMAN BN - PENIAGA KECIL SAMBUT BAIK MiMBAR SELANGOR












Program MiMBAR ini adalah satu program yang hanya wujud di Selangor ketika di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat..
Maknanya...
ketika Selangor di bawah BN dulu benda ini tak ada...
rakyat berpendapatan rendah tak merasa semua ni..

BN tak pernah terfikir bagaimana mahu membantu rakyat yang berpendapatan rendah ni...
yang BN tahu hanyalah bagaimana mahu mendapatkan hasil daripada rakyat... 

Peniaga Kecil Sambut Baik MiMBAR Kerajaan Negeri

KLANG 14 JUN : Orang ramai khususnya peniaga kecil di negeri ini menyambut baik Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada Mac lalu.

Peniaga kecil yang ditemui di Majlis Taklimat MiMBAR di
Pasar Besar di sini rata-rata berpendapat program itu banyak membantu golongan usahawan kecil di kawasan bandar bagi memajukan perniagaan serta menambah pendapatan.

Dalam majlis itu, seramai 60 peniaga membuat permohonan pinjaman skim terbabit daripada 85 peniaga keseluruhannya di pasar itu.

Majlis itu dihadiri oleh Adun Meru, Dr Rani Osman, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noh Najhan Mohd Salleh dan Pengurus Data Mimbar, Mohamad Asri Abd Hamid.

Peniaga Bunga, Azura Amran, 45, berkata beliau menyertai skim ini bagi membiayai modal pusingan serta membantu kos pembelian barangan.

“Skim ini banyak membantu peniaga bagi memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada dengan memberikan pinjaman tanpa faedah serta khidmat nasihat,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang menjalankan perniagaan menjual bunga sejak 1991 secara kecil-kecilan turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menganjurkan skim yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan.

“Saya berharap permohonan ini berjaya. Jika berjaya saya akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya,” katanya.

Peniaga lain, Mohd Zhafir Sharifuddin, 21, berkata MiMBAR yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sememangnya banyak membantu dan meringankan bebanan peniaga yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan RM1,500 sebulan.

Katanya, pinjaman menerusi program itu juga tidak membebankan kerana ia tidak mengenakan sebarang kadar faedah.

“Saya ingin mencubanya bagi mengembangkan lagi perniagaan kuih karipap yang dikendalikan olehnya serta empat adik beradiknya yang lain.

“Kami berniaga di pasar malam sekitar Klang dan Shah Alam. Jika permohonan berjaya kami mahukan menambah pelbagai jenis kuih muih dan mahu membeli alatan untuk menghasilkan karipap besar ini,” katanya.

Bagi, S.Parvathy, 42, pula, pinjaman MiMBAR juga amat mudah berbeza dengan kaedah disyaratkan institusi kewangan serta Ah long yang menyusahkan dan membahayakan peminjam.

“Jika mahu meminjam daripada pihak bank, mereka tidak menawarkan pinjaman yang sedikit jadi ia akan menyukarkan peniaga kecil seperti saya yang mahu menambah modal atau sebagainya,” katanya.

Ibu tunggal dari tiga orang anak itu berkata daripada program itu juga usahawan muda boleh mengambil manfaat kerana ia memberi peluang dan galakan menceburi bidang perniagaan.

Sementara itu, Pengurus Data Mimbar, Mohamad Asri Abd Hamid berkata setakat ini seramai 4,280 peniaga kecil dengan peruntukkan sebanyak RM8 juta sudah menerima manfaat itu.

Manakala seramai 7,000 peniaga masih dalam semakan dan dijangka akan diselesaikan hujung tahun ini.

Bagi daerah Klang, seramai 728 peniaga berjaya dan Shah Alam pula sebanyak 289 peniaga.

“Manakala bagi permohonan yang sedang diproses sebanyak 300 peniaga bagi kedua-dua PBT itu,” katanya.

Tambahnya, program Mimbar itu dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dari masa ke semasa.
Justeru, pihaknya mengadakan taklimat seperti itu seminggu sekali di semua PBT.

Kepada yang ingin mengetahui apakah syarat-syaratnya...
baca sini...
 
Syarat-syarat Permohonan

  • Pendapatan seisi rumah kurang dari:
    • RM1,500 tanpa anak,
    • RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
    • RM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang
  • Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.
  • Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun (perlu pengesahan)
  • Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk
  • Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
  • Mestilah sudah mula berniaga kecil-kecilan dan memerlukan dana tambahan
  • Mengikuti syarat-syarat program yang telah ditentukan
  • Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya

Alhamdulillah...
inilah kerajaan yang rapat dengan rakyat dan memahami kehendak rakyat..!!

2 comments:

  1. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    Sponsors by Lawrence Tan Subang.....

    ReplyDelete
  2. VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR MONK) TO BE A MILLIONAIRE
    Ven. Dr. Ashin Indaka (Myanmar Buddhist Monk) or who is cheated devotee money about who want to become a monk; it is needed to pay RM400 per person. Each year more than 100 people become monks on Chinese New Year (Rm400 X 100people=Rm40, 000.00), then he spends 5 years in Malaysia (Rm40000.00 x 6 years=Rm240000.00) and total another income (donation) about Million MR (Malaysia Ringgit). This is news by MEMBERS OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    VEN. ASHIN INDAKA (SAMI MYANMAR) UNTUK MENJADI JUTAWAN
    Ven. Dr Ashin Indaka (Sami Buddha dari Myanmar) atau yang adalah hamba ditipu tentang wang yang mahu menjadi sami, ia diperlukan untuk membayar RM400 setiap orang. Setiap tahun lebih daripada 100 orang menjadi sami di Tahun Baru Cina (RM400 X 100people = RM40, 000.00), maka beliau menghabiskan 5 tahun di Malaysia (Rm40000.00 x 6 tahun = Rm240000.00) dan jumlah pendapatan lain (derma) tentang Juta MR (Ringgit Malaysia). Ini adalah berita oleh AHLI SAMNAK SAMBODHI TOKONG BUDDHA (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive