Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 7 June 2012

MUHYIDDIN SETUJU "PERMAINAN SENYAP" PTPTN TERHADAP UNISEL


Timbalan Perdana Menteri kita,si Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia bersetuju dengan "permainan emosi senyap" PTPTN yang kini meletakkan masa hadapan para pelajar UNISEL dalam keadaan tidak menentu hanya kerana dendam dan berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri Selangor..

PTPTN dipercayai membekukan semua permohonan pinjaman pelajar bagi menyambung pelajaran di UNISEL hanya kerana Pemimpin Pakatan Rakyat bercadang  memberikan pendidikan percuma sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pilihanraya Umum 13 dan mentadbir negara..

Apa yang mereka tidak faham adalah perancangan sedemikian (pendidikan percuma) adalah sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan pusat...

kerana tanggungjawab memberikan pelajaran kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan pusat..

Ini belum apa-apa sudah menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya..
dan amat malang sekali apabila Menteri pelajaran,Muhyiddin Yassin juga merestui sikap dendam PTPTN itu..


Janganlah hanya kerana mahu membalas dendam kepada Pakatan Rakyat,masa depan para pelajar dijadikan taruhan...

Ini bukanlah sikap yang sepatutnya bagi seorang menteri Pelajaran apatah lagi seorang Timbalan Perdana Menteri...
mengambil keputusan secara emosi bukanlah cara yang sepatutnya bagi seorang pemimpin..

Tidak boleh diterima oleh rakyat apabila Muhyiddin Yassin secara selamba menjawab... "Tak apalah. Dia kaji dulu" ketika beliau diajukan soalan berkenaan pembekuan PTPTN terhadap permohonan pinjaman pelajar yang ingin menuntut di UNISEL dilakukan secara senyap-senyap dan tidak dimaklumkan kepada UNISEL mahupun kerajaan negeri..

Sebelum mencabar Selangor beri pendidikan percuma,kerajaan pusat perlulah terlebih dahulu bersikap adil dalam mengagihkan peruntukan negeri.

Seperti mana yang pernah diterangkan oleh Rafizi dahulu,tanggungjawab memberikan pendidikan percuma ini sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan pusat..
bukan negeri..

Namun aku juga turut bersetuju dengan kenyataan Rafizi Ramli di dalam satu majlis bersama Mahasiswa tidak berapa lama dulu apabila menjawab satu soalan,jika benar BN mahu Selangor memulakan pendidikan percuma,maka BN perlulah adil dalam mengagihkan peruntukan kepada Negeri Selangor..

Ini tidak..
Selangor memberikan hasil yang begitu banyak kepada kerajaan pusat,tetapi kerajaan pusat tidak pula mengembalikan jumlah yang sepatutnya kepada kerajaan negeri..
 

Peruntukan ke Selangor diberikan secara tidak adil dan tidak sebanyak yang pernah diberikan pada zaman Selangor dibawah BN..

Inilah satu contoh dimana Kerajaan Pusat bersikap membalas dendam seperti mana yang berlaku di kelantan selama ini dan akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa..

Kini sikap yang sama juga dilakukan...
kerana mahu membalas dendam,para pelajar jadi mangsa...

Inilah yang dikatakan sebagai ZALIM...

3 comments:

  1. sape suruh tuduh ptptn ape bagai...bukan balas dendam..tu yg diorang nak...

    ReplyDelete
  2. Apa makna ptptn?kalau xnk jgn wt pinjaman.mohon je kerajaan selangor tanggung yuran dan kos pengajian.percuma ape

    ReplyDelete
  3. kpd yg memberi komen .sila rujuk buku stpm pengajian am kertas 1.buku ini ada menerangkan peranan kerajaan perskutuan,kerajaan negeri dan peranan bersama.orang yang BODOH YANG KURANG MEMBACA sje yang sokong pihak ptptn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive