Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 2 June 2012

MELAKA NEGERI MAJU - TAPI TIKET PARKING KERETA MASIH PERLU DIGORES.


Hujung bulan may yang lalu,aku telah ke Melaka..
saja jalan-jalan ke Bandar Bersejarah ni...
saja jalan-jalan melihat kesan penjajahan walaupun ada profesor "kangkung" yang berani katakan bumi tanah melayu ini tidak pernah dijajah..

Aku juga ingin lihat apakah gelaran negeri maju yang diberikan kepada Melaka 2010 dulu benar-benar sepadan dengan apa yang ada di Melaka...

Dengan gambaran Melaka Maju 2010 yang ada di dalam kepala ni, maka aku turut bayangkan sistem parking di Melaka ini maju jugak...

Dengan panduan yang diberi....
dapatlah aku membeli tiket parking di Bandar Melaka ni..


dan apa yang membuatkan aku terkejut adalah Melaka masih menggunakan :- 
  • Sistem tiket berkupon yang perlu digores.
Korang kena faham yer...
aku pergi ke negeri yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai negeri maju....
dan ianya sudah pun diumumkan secara rasmi oleh Najib sendiri pada 2010 dulu..

Jadi...
bila aku lihat tiket parking di Melaka yang maju ni masih menggunakan sistem tiket parking bergores...
aku rasa memang patut ler aku terkejut...

Kalau di Pahang atau di Perlis, aku akan anggap 'biasa lah tu"....
Tertanya-tanya gak aku...
negeri maju apa kalau macam ni...

Bila dah beli tiket..
korang kenalah gores menggores macam ni...


Korang kenalah Gores pada.....
  1. angka tahun.. 
  2. bulan.. 
  3. hari...
kemudian gores pulak di bahagaian samada waktu tu AM atau PM...
lepas tu pada bahagian jam dan minit....
macam gambar yang dah siap dibawah ni...




Lepas dah siap semua tu....
korang kenalah pamerkan tiket tu di kereta

Kalau korang nak parking kereta 5 jam...
maknanya korang kenalah gores 5 keping tiket... dan aturkan semuanya di dalam kereta.... 

aturkan,banyak woooo.... 5 keping untuk 5 jam...

Maaflah....
secara jujurnya aku sudah lama tidak nampak atau menggunakan sistem tiket parking yang semacam ini...
mungkin ada antara korang yang dah biasa guna tiket ini di negeri lain...

Cuma bagi aku...
bila sesebuah negeri yang sudah capai taraf negeri maju masih menggunakan sistem yang semacam ini...
ianya agak "kureenngg" bagi aku....

Kalau dalam AF ni aku dah Afundi keluar dah ni...
kah..kah..kah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive