Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 2 June 2012

KEPUTUSAN SHARIZAT TIDAK TERLIBAT - JINGGA 13 ANGGAP SATU KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA.


SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT SKANDAL NFC : KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA DAN YAKIN RAKYAT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

Keputusan Panel Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mendapati Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga beliau dan mengenai pinjaman RM250 juta bukan mengejutkan dan sudah dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya satu yang luar biasa.

Tindakan SPRM telah membuktikan sikap sebenar yang menjadi badan yang akan mem'bersih'kan segala kekotoran oleh pimpinan UMNO/BN daripada sebarang skandal rasuah dan penyelewengan lebih-lebih lagi pilihanraya umum yang semakin hampir walaupun 'terang lagi bersuluh'. 

JINGGA 13 YAKIN dan PERCAYA bahawa rakyat Malaysia seluruhnya yang membenci kebejatan rasuah dan penyelewengan wang rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Operasi SPRM yang ternyata bertujuan menyelamatkan Ketua Wanita UMNO tersebut. 

Jingga 13 terjah pejabat NFC
Sedangkan  seluruh rakyat amat berkeyakinan berdasarkan siri pendedahan Skandal NFC adalah amat tidak relevan tanpa penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil , Mantan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dalam projek nepotisme tersebut .

Rakyat akan mampu menilai dan membuat persepsi terhadap penyelesaian yang diambil oleh pihak SPRM dalam usaha menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil. 

Malah tindakan melengah-lengah keputusan siasatan oleh panel siasatan Skandal NFC sehingga kini tidak ada sebarang tindakan keputusan dan pendakwaan di buat walaupun pelbagai laporan SPRM telah dibuat oleh JINGGA 13 dan Parti Keadilan Rakyat terhadap penglibatan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta , termasuk laporan SPRM di buat oleh JINGGA 13 melibat Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas.

Ahli Panel Penasihat SPRM pun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan keputusan mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC yang merupakan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil menggunakan Datuk Shamsulbahrin merasuah polis .

TINDAKAN SPRM "DOUBLE STANDARD"
 
Tetapi tindakan berbeza dan segera yang diambil oleh SPRM untuk membuka  kertas siasatan semula terhadap YB Azmin Ali yang telah ditutup kes 17 tahun lalu.. 

Sedangkan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM ialah menyiasat terhadap kegagalan dan pelanggaran etika kerahsiaan dan integriti serta kredibiliti pegawai SPRM diragui sehingga  fail sulit SPRM diserah dan dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya dimiliki dan ianya ADALAH SANGAT SERIUS.

Apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh rakyat. JINGGA 13 yakin bahawa RAKYAT ADALAH HAKIM NEGARA dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan dan keputusan yang semata-mata untuk mem'bersih' najis yang tetap kotor dan menjijikkan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13 


lianglahad : memang lah nama sharizat tak ada dalam dokumen perjanjian semua tu...

Kalau ada memang bodoh tahap cipan ler sharizat tu... sebab mana ada pemimpin yang guna proksi atau kepentingan tersembunyi memaparkan nama mereka sendiri dalam sebarang dokumen....
itu semua orang tahu...

Tapi logik ker sebuah syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang penternakan mendapat projek sebesar itu?

Dan isteri kepada bos NFC tu pula adalah seorang menteri dan juga seorang ketua wanita UMNO,tak ada kaitan ker dari segi pengaruh..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive