Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 10 June 2012

HAK MILIK TANAH,MOHON DARI TAHUN 1975 - HANYA KINI SELESAI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT


Hanya yang tahu dan yang mahu membuka pintu hati mereka sahaja yang tahu bagaimana kerajaan pakatan Rakyat bersungguh-sungguh melakukan kebajikan dan perihatin kepada nasib rakyat bawahan...

Yang ditolong oleh Kerajaan pakatan Rakyat bukanlah rakyat dari kalangan "kroni" seperti yang UMNO lakukan...
tetapi rakyat bawahan...

KUALA LUMPUR, 10 JUN: 
Dangmega Abd Latip, 45, terharu dan gembira apabila usaha hampir 40 tahun kedua ibu bapa mendapatkan hak milik tanah tercapai apabila menerima notis 5A hari ini.

Dengan nada sebak...
beliau mengimbau kembali pahit jerih kedua orang tuanya yang tidak pernah berputus asa menuntut hak mereka meskipun ketika itu beliau baru berusia 8 tahun.

“Kalau nak kira permohonan memang lama...
Dari Pejabat Tanah Dataran Merdeka, kemudian arwah mak
pergi ke Kajang dan Bangi. 

Waktu itu saya baru darjah dua.
"Alhamdulillah sekarang baru dapat. 
"Rasa gembira tapi mak ayah dah tiada. Mereka tidak sempat untuk meraikan kegembiraan kami sekeluarga. Mana lagi nak dapatkan tanah di kawasan Kuala Lumpur," luahnya lagi.

Menurut beliau, sebelum bapanya meninggal, Allahyarham turut bertanya mengenai permohonan hak milik tanah.

“Mak meninggal tahun 1992, ayah tahun 2011. 
Sebelum itu dia (ayah) ada bertanya bagaimana nasib permohonan sebab terlalu lama memohon. Dia pesan kepada saya untuk uruskan perkara ini. Kami tidak akan jual tanah ini,” katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat perlu diberi peluang memerintah memandangkan banyak lagi perkara yang perlu lakukan terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.


Bagi warga emas, Asiah Alwi, 60, kegembiraan menerima notis 5A umpama bulan jatuh ke riba setelah menanti hampir 33 tahun.

“Syukur Alhamdulillah. Kalau sudah tertulis hak kita tidak akan ke mana. Saya tinggal di sini daripada tahun 1979. Sebelum ini memohon dan bertanya kepada pejabat tanah tidak ada jawapan. Cuba memohon tidak diluluskan.

“Cuba bayangkan jiran di kiri kanan sudah dapat (notis hak milik), saya di tengah-tengah tidak dapat,” katanya.


Warga emas Hamisah Kawi, 60, menganggap penerimaan notis hak milik ini merupakan hadiah ulangtahun kelahiran yang paling indah bagi dirinya.

“Mohon dari tahun 1975 tapi tidak berjaya.  
Alasan yang diberikan berlaku masalah teknikal. Arwah suami dulu ada memohon namun gagal. Syukur sangat bila wakil rakyat membantu kami memandangkan jiran lain sudah ada hak milik,” katanya.

Sementara itu, bagi Abdul Ghani Mohd Nor, 63, percubaan permohonan kali ketiga akhirnya membuahkan hasil memandangkan beliau sebelum ini pernah cuba memohon sebanyak dua kali di zaman pemerintahan Umno-BN namun dipinggirkan.

Beliau yang telah menetap di Kuala Lumpur sejak tahun 1982 melihat gerak kerja kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, Skim RM1,000 yang diperkenalkan untuk mendapatkan hak milik tanah nyata memudahkan penduduk di negeri ini terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Jauh berbeza pemerintahan dahulu dan sekarang. Mereka betul-betul ambil berat masalah rakyat. Dengan memperkenalkan skim ini nyata meringankan beban saya,” katanya.

Pada majlis penyampaian Notis Borang 5A Kampung Pandan Dalam dan Skim Mesra Usia Emas(SMUE) fasa-2..
  • Seramai 14 orang telah menerima notis hak milik tanah,
  • Manakala 17 orang yang lain menerima sumbangan SMUE yang disampaikan sendiri oleh Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Beliau yang juga Adun Cempaka turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal,warga miskin, pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir serta sekolah rendah agama (SRA) dan surau di kawasan Chempaka.

Penerima SMUE yang ditemui sejurus majlis berakhir menyambut baik skim ini yang membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Selangor.


1 comment:

  1. VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR MONK) TO BE A MILLIONAIRE
    Ven. Dr. Ashin Indaka (Myanmar Buddhist Monk) or who is cheated devotee money about who want to become a monk; it is needed to pay RM400 per person. Each year more than 100 people become monks on Chinese New Year (Rm400 X 100people=Rm40, 000.00), then he spends 5 years in Malaysia (Rm40000.00 x 6 years=Rm240000.00) and total another income (donation) about Million MR (Malaysia Ringgit). This is news by MEMBERS OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    VEN. ASHIN INDAKA (SAMI MYANMAR) UNTUK MENJADI JUTAWAN
    Ven. Dr Ashin Indaka (Sami Buddha dari Myanmar) atau yang adalah hamba ditipu tentang wang yang mahu menjadi sami, ia diperlukan untuk membayar RM400 setiap orang. Setiap tahun lebih daripada 100 orang menjadi sami di Tahun Baru Cina (RM400 X 100people = RM40, 000.00), maka beliau menghabiskan 5 tahun di Malaysia (Rm40000.00 x 6 tahun = Rm240000.00) dan jumlah pendapatan lain (derma) tentang Juta MR (Ringgit Malaysia). Ini adalah berita oleh AHLI SAMNAK SAMBODHI TOKONG BUDDHA (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive