Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 7 June 2012

EDISI BENGANG!! - PENEROKA TIDAK PUAS HATI SAHAM KURANG BERBANDING KAKITANGAN FELDA.


Sebelum ini dah jenuh dah pemimpin Pakatan Rakyat menasihatkan peneroka agar bersatu hati menolak penyeneraian FGVH...

Namun seperti biasa..
kebanyakan peneroka Felda masih lagi menjadikan Utusan sebagai bacaan wajib mereka manakala TV3 sebagai panduan hidup mereka..
maka adalah sangat mudah untuk mereka dikelirukan oleh kerajaan BN dan mengambil kesempatan diatas kelemahan peneroka-peneroka tersebut...

Kini..
telah mula timbul ketidakpuasan hati peneroka Felda yang yang sebelum ini bersetuju dengan skim penyeneraian
tersebut...

Tiga peneroka dari Felda jengka 20, merasa amat tidak puas hati dengan apa yang mereka dapat dimana jumlah yang mereka terima iaitu 800 unit saham dengan harga RM4.55 seunit adalah kurang dari jumlah yang diterima oleh kakitangan Felda..


Peneroka tersebut menganggap "pemberian ini seolah-olah mengiakan apa diperkatakan pembangkang selama ini sekaligus tidak membuktikan kebenaran Felda mengenai saham sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini.."

Memang betullah apa yang dikeluhkan oleh peneroka ini..
memang patut ler dorang tu bising...
sebab mereka ada tanah.. 
mereka merisikokan tanah mereka dalam keadaan tidak menentu untung ruginya..

Tapi bila bab saham..
kakitangan Felda yang hanya bekerja dengan Felda dan tiada tanah yang memberikan apa-apa hasil kepada Felda, mendapat lebih pula saham berbanding para peneroka..

Kita sama-sama lihat nanti...
aku percaya jika para peneroka bersikap seperti melayu zaman dulu yang sentiasa "yes man" dan mengikut sahaja tanpa mengetahui kebenaran yang sebenar..

Maka kita akan saksikan setiap kebimbangan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan..

Menurut Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli..
"Prospektus penyeneraian FGV dengan jelas menunjukkan pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat itu hanya 5.5% sedangkan sejumlah saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputera...

Beliau turut menjelaskan bahawa semua tanah yang tidak bergeran di dalam penempatan Felda di seluruh negara telah dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta sedangkan tanah ini adalah aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda...

Sikap melayu biasanya begitu..
tu sebab ada pepatah melayu yang berbunyi "dah terhantuk baru terngadah.."
esok bila dah taikoon-taikoon besar bukan melayu menguasai warisan Felda,masa tu jangan pulak nak menangis tak berlagu yer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive