Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 3 June 2012

EDISI BANGANG - UMNO FITNAH A.SAMAD SAID AGEN ZIONIS DAN SEBAR KEPADA BELIA.


Memanglah dah jadi resam budaya UMNO...
sesiapa yang menentang UMNO...
akan dianggap sebagai agen Zionis...

Selepas Anwar...
kini giliran sasterawan Negara yang dihormati oleh rakyat negara ini sebagai pencinta keamanan dan budaya sastera iaitu Pak A. Samad Said pulak yang difitnah sebagai agen zionis...

Asal sahaja tak sokong UMNO, orang tu agen zionis...
come on lah....
tak ker bangang nama nya tu..?

Fitnah terbaru yang dihalakan kepada A.Samad Said ini siap
disiarkan di dalam sebuah buku yang dinamakan "Bersih 3.0 yang kotor" dan buku itu pulak disebarkan kepada para belia semasa himpunan belia di Putrajaya hari tu..

Ini bukunya..


Dan buku tu pulak di sebarkan di booth UMNO yang ada di himpunan belia di Putrajaya hari tu...


Di dalam salah satu muka surat buku ini ada satu muka surat yang dikhususkan untuk memfitnah Pak A.Samad Said...
bayangkan bagaimana seorang sasterawan negara yang kita kagumi dihina dan difitnah sedemikian rupa...

Lihat ni..

 

Lihat perenggan yang pertama...
latar belakang Pak Samad yang dibesarkan di Singapura pun tiba-tiba jadi masalah kepada UMNO..?


Apa yang perlu kita tahu adalah semasa Pak Samad membesar dan belajar di Singapura...
Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu...
  • Pak Samad tamat belajar di Victoria Institution dan peroleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.
  • Tanah Melayu merdeka tahun 1957..
  • Singapura keluar dari Malaysia tahun 1965...
So,kenapa tiba-tiba UMNO mahu persoalkan latarbelakang Pak Samad yang dibesarkan di Singapura..?

apa isunya..?

Pasal Pak Samad difitnah sebagai agen Zionis tu..
beliau difitnah sebegitu rupa hanya kerana beliau menyokong Bersih 3.0 dan menjadi Pengerusi bersama perhimpunan Bersih 3.0...


So,meh kita tengok sikit ada tak agenda Yahudi atau perkara yang menyalahi Syariat agama Islam dalam 8 tuntutan Bersih tu...

Tuntutan Bersih 
 1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


Rasanya 8 tuntutan tu..
semua rakyat Malaysia patut sokong kerana ianya adalah sesuatu yang memberi kebaikan kepada negara...
kenapa pulak kita nak bantah..?

Lepas tu..
korang tengok sini...
dalam menyebarkan fitnah,UMNO play safe bila mengakhiri semua fitnah dengan tanda soal.. [?]

Ini jelas menunjukkan bahawa semua yang dipaparkan adalah fitnah semata-mata,sebab itu semua yang dipaparkan seolah-olah soalan.. bukan kenyataan..

Kalau di dakwa..
UMNO boleh mengelak dengan mengatakan kami hanya "menyoal" bukan "menyatakan.."


suka fitnah orang...
tapi tahu pulak takut yer...
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive