Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 14 June 2012

DASAR UMNO - BELUM BUBAR PARLIMEN,UMNO N9 DAH NAMAKAN MB YANG BARU


Belum pun dibubarkan parlimen bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan...
tapi UMNO Negeri Sembilan dah mula kecoh dah...
masing-masing mahu perjuangkan "orang" sendiri...

Hari tu dengan terang dan jelas lagi bekas Adun UMNO menyatakan bahawa UMNO Negeri Sembilan menolak Menteri Besar yang ada sekarang ni iaitu Mohamad Hassan..

Baca sini.... [UMNO N9 UGUT TIDAK UNDI BN JIKA MOHAMAD HASAN BERTANDING]

Dalam keadaan Negeri Sembilan berada dalam jangkaan
Pakatan Rakyat antara negeri yang bakal dan mampu ditawan pada PRU 13 ini..
UMNO pulak sibuk bertelagah sesama sendiri...
semuanya pasal nak berkuasa...

Padahalnya..
belum tentu lagi BN yang akan mentadbir Negeri Sembilan...

Tapi apa yang aku yakin adalah...
memang Negeri Sembilan akan dapat MB yang baru....
bukan dari BN....
tetapi MB dari Pakatan Rakyat...

Hassan Malek jadi sebutan MB baru

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar Bandar, disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum 13.

Hassan juga ahli Parlimen kawasan berkenaan sejak 2008. Sebelum itu beliau merupakan ADUN Juaseh pada 2004.
Dalam Umno Kuala Pilah, Hassan adalah Timbalan Ketua bahagian.

Seorang bekas ADUN Umno Negeri Sembilan berkata, nama Hassan menjadi perbualan orang ramai di negeri itu.
“Saya mendapat tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian Negeri Sembilan.

“Saya difahamkan separuh yang hadir tetapi Hassan disebut-sebut sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru,” kata Datuk Mohamad Rais Zainuddin, bekas ADUN Chembong dalam Parlimen Rembau.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dijangka bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU 13.

Ada tanda
Sementara itu, bekas Setiausaha Umno Kuala Pilah, Datuk Ibrahim Jahaya mengakui ada tanda-tanda mengenai perkara tersebut.

“Biasanya Ketua Umno bahagian akan dilantik Pengerusi BN bahagian  tetapi kali ini ada perbedaan.
“Hassan merupakan timbalan Ketua Umno Kuala Pilah, manakala ketua dipegang Datuk Ismail Lasim,” katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim menegaskan sekiranya Mohamad bertanding kerusi Parlimen, ada kemungkinan Hassan akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

Tetapi, katanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa memegang jawatan tersebut.

Ibrahim merupakan bekas ADUN Seri Menanti selama dua penggal dari 1999 hingga 2008 itu. Beliau kini menjadi Pegawai Khas yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurutnya, Najib bersama Mohamad pernah menghadap Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti beberapa bulan lalu.
 
Tetapi menurut Ibrahim, beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan.

1 comment:

  1. Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
    Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral

    Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar

    马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.

    今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

    Brother And Sister Of the respectfully
    That YIP KUM FOOK, MCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral

    Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive