Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 11 June 2012

APA LAH ORANG MISKIN NIH - AKU PUN SOKONG BELI "PLET" WWW 1 TU,.


Semalam..
Satu perhimpunan anjuran UMNO Johor dengan jumlah yang tidak sampai 30 ribu tetapi tetap juga dikatakan 30 ribu (Bersih yang dihadiri beratus-ratus ribu orang.. tapi utusan hanya laporkan 25 ribu sahaja) telah berhimpun di Istana Pasir pelangi bagi menyatakan sokongan Sultan Johor yang sebelum ini berjaya membida nombor pendaftaran kereta WWW1...

Himpunan itu sebagai simbolik sebagai membalas  bantahan rakyat teramai sebelum ini yang terdiri dari kalangan orang biasa,orang miskin dan Nizar Jamaluddin yang "terkedu" dan terkejut dengan nilai bidaan "nombor plet" yang bernilai RM520 ribu bagi hanya:
  • 3 huruf dan juga 
  • 1 nombor...
    " WWW 1 "


Apalah orang miskin,rakyat biasa dan Nizar ni....
kan ker Sultan dah keluarkan kenyataan mengatakan bidaan tersebut menggunakan wang sendiri..
dan bukannya wang rakyat...?

Daulat Tuanku..!!!


Errr...
tapi yang aku benang...
ada gak member yang tanya pada aku pasal membazir ni....
dia tanya,apakah membazir yang ada dalam Islam ini hanya dikira membazir jika hanya menggunakan wang rakyat...?

Atau pun boleh juga dianggap sebagai membazir jika beli barang yang bukan keperluan walaupun guna wang sendiri..?


katanya dia tanya tu sebab dia ada juga tahu tentang hadith nabi yang pernah menegur  Sa'ad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air...

Sa'ad bertanya,"apakah terhadap air juga dikatakan membazir?" 
Nabi bersabda," memang, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir" 
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Takpelah...
bagi menjawab soalan member aku tadi...
maka kat sini aku ada sedikit maklumat mengenai pembaziran yang dipetik dari jurnal Syariah 2002:-

Konsep Membazir dan Manfaat
Bagi mengetahui batas kegiatan bermanfaat, terlebih dahulu elok difahami dan
dikenalpasti maksud pembaziran. 

Pembaziran atau pemborosan merupakan sifat
yang tergolong dalam sifat berlebih-Iebihan atau melampaui batas. 
Sifat ini keji
 
Dan mendapat larangan keras dari Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

" Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.."

"...Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.."
( Al-Israa' ,26-27)



3 jenis perbelanjaan yang membazir:

Perbelanjaan maksiat
Perbelanjaan maksiat meliputi perbelanjaan ke atas
perkara-perkara yang salah, buruk atau yang haram.

Perbelanjaan bermegah-megah. 
Sifat bermegah-megah dalam perbelanjaan
biasanya dikaitkan dengan perbelanjaan ke atas barang-barang mewah. 


Barang mewah adalah barang yang tidak diperlukan untuk kemudahan (keselesaan) tetapi
sebaliknya untuk prestij
, gaya hidup moden, bermewah-mewah, berbangga-bangga,
dan menunjuk-nunjuk. 

Islam melabelkan perbuatan berbangga-bangga dan
menunjuk-nunjuk ini sebagai riya' dan diharamkan dalam Islam, kerana ia
merupakan syirik (kecil!).

Walaupun begitu, realitinya sikap bermegah-megah ini tidak hanya terbatas kepada perbelanjaan ke atas barang mewah sahaja, tetapi ianya juga boleh terjadi ke
atas barang-barang lain
seperti barang kemudahan mahupun ke atas barang keperluan asas, asalkan ada terselit niat menunjuk-nunjuk dalam penggunaannya.


Perbelanjaan jenis kedua ini juga agak mudah untuk dikenalpasti.
 
Perbelanjaan sia-sia. 

Perbelanjaan sia-sia melibatkan perbelanjaan ke atas
sesuatu yang halal secara berlebih-Iebihan, melebihi dari had keperluan.


Perbelanjaan seumpama ini tidak wajar kerana dikira membazir. 


Barang yang terlebih itu akan rosak dan terbiar, sedangkan orang lain yang lebih memerlukan boleh mengambil manfaat darinya jika ianya diberikan kepada orang tersebut.

Perbelanjaan jenis ini agak sukar untuk dikenalpasti dan diukur. Oleh itu, umat Islam disyorkan agar berhati-hati supaya tidak terperangkap di dalamnya.

Itulah antara apa yang dikatakan sebagai membazir...
jadi korang nilaikanlah sendiri...

Iyalah...
apa kita nak kata....
itulah melayu kita yang ada selama ini..
itulah juga sebabnya kita berjaya "meningkatkan" taraf ekonomi kita dalam negara kita ni...

Dulu kita nombor dua selepas bangsa Cina dalam turutan pendapatan seisi keluarga...
kini kita dah dapat nombor yang lebih besar dari "2"...
kita sekarang dah nombor "3" selepas Cina dan India...
nombor "3" kan ke lebih banyak nilainya dari "2"..? 


Melayu.. melayu...

Takpelah....
sekarang ni tak ada melayu yang miskin dah....
semua dah maju dah...
semuanya gaji RM5K ke atas...



3 comments:

  1. ada apa hal..Dia Duli Yang MAHA Mulia..lagi mau lawankan..apa yang Dia buat mesti mulia punya walaupun beli plat kereta..kira dia telah mulia kan Satria Neo ketahap diMuliakan...Mulia di dunia..Diakhirat hanya Allah yang tahu..tapi yang pastinya kain kapan tetap sama dan jasadnya tetap jadi hidangan makhluk perut bumi..ikut sunnah Rasullullah dalam hidup penuh kesederhanaan walaupun Mulia disisi Allah dan Dijanjikan syurga....AllahHuaAlam

    ReplyDelete
  2. betul... nampaknya ko faham apa yang aku sampaikan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive